Viral Lelaki Serang Anggota Bomba Gara-gara Didakwa Lambat Tiba Untuk Padam Kebakaran

Tambah ke Sumber Pilihan
Viral Lelaki Serang Anggota Bomba Gara-gara Didakwa Lambat Tiba Untuk Padam Kebakaran

Semalam, viral sebuah video di mana anggota bomba telah diserang oleh seorang lelaki sehingga tercedera sebab pasukan bomba tersebut didakwa lambat sampai ke rumahnya yang terbakar untuk memadamkan kebakaran.

Menurut Astro AWANI, kejadian itu berlaku pada petang semalam di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak. Anggota bomba yang sedang memadamkan api kebakaran itu telah diserang oleh lelaki terbabit dari belakang.


Bomba 1Sumber: astro AWANI

Dalam video yang viral itu, dapat dilihat seorang lelaki lain juga telah marah-marah dan membaling barang ketika bomba sedang giat memadamkan api.

Jadi, anggota bomba berkenaan telah melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian itu namun Harian Metro melaporkan bahawa laporan polis itu telah ditarik balik sebab katanya individu yang menyerang bomba itu telah meminta maaf dan menyesal atas perkara yang telah terjadi.

Bomba 2Sumber: Twitter

Khirudin Drahman iaitu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengatakan,

Ini adalah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di negeri ini ketika bomba sedang bertugas,” katanya.

Video selama lebih kurang 50 saat itu telah viral di Twitter semalam dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, perkara ni nampaknya macam dah diselesaikan dengan baik. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar pemilik rumah itu tabah dengan ujian ini. 

Sumber: astro AWANI, Harian Metro, Twitter 

Baca: “Kenapa perlu diusung?”- Netizen Persoal Bekas Atlet Negara Guna Khidmat Bomba Ke PPV, Patut Bawa Vaksin Ke Penerima

Bomba

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Viral Lelaki Serang Anggota Bomba Gara-gara Didakwa Lambat Tiba Untuk Padam Kebakaran
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/viral-lelaki-serang-anggota-bomba-gara-gara-didakwa-lambat-tiba-untuk-padam-kebakaran/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM