Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah laporan berita berkenaan seorang bekas atlet negara, Wee Cheong Phor yang terlantar sakit di rumah dan terpaksa diusung bomba untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Balai Islam, Lundang di Kelantan.
Menurut Bernama, Wee yang berusia 79 tahun ini mengalami masalah kesihatan sejak 6 tahun lalu hingga menyebabkan beliau hanya terlantar serta memerlukan penjagaan khusus untuk bergerak.
[Video] Diusung bomba ke PPV, bekas atlet negara tetap semangat terima vaksin@KBSMalaysia @JKJAVMY @reezal_merican @KKMPutrajayahttps://t.co/aLdDygaRuh pic.twitter.com/ToxuMxSUFc
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 13, 2021
Malah Wee juga ada memberitahu yang beliau pada awalnya terpaksa menolak temu janji pertama pemberian vaksin COVID 19 pada Mei lalu kerana berasa mustahil untuk dirinya yang dalam keadaan uzur bergerak ke PPV yang terletak 7 km dari rumahnya dekat Kampung Cina.
Namun mujurlah pada Jumaat lepas, dengan bantuan 3 ahli bomba dari Kota Bharu menggunakan ambulans milik jabatan itu, dia telah dibawa ke PPV untuk menerima vaksin.
“Kenapa dia perlu diusung dan bukan vaksin yang dibawa kepada dia?”
Walau bagaimanapun, perkongsian penuh inspirasi itu telah mendapat kritikan netizen dek kerana ramai bersimpati dengan nasib Wee yang terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk ke PPV.
Menurut netizen, dengan keadaan Wee yang uzur dan terlantar di atas katil, vaksin COVID 19 sepatutnya dibawa ke rumah beliau dan bukannya bekas atlet tersebut terpaksa diusung ke sana. Malah cara tersebut juga dilihat lebih praktikal dengan kini adanya team PPV bergerak.
“Pasti ada sebabnya…”
Walau bagaimanapun, masih ada yang bersangka baik dengan pihak PPV dan merasakan mereka pasti mempunyai penjelasan yang rasional tentang apa yang berlaku.
Rata-rata netizen juga memuji semangat bekas atlet bola keranjang ini yang tidak gentar untuk menerima suntikan vaksin COVID 19.
Apa-apapun admin salute dengan bekas atlet kita ni, sungguh pun sakit dia tetap juga kuat semangat untuk dapatkan vaksin.