[VIDEO] Wanita Ajak ‘Hantu’ Tumpang Naik Kereta, Siap Offer Buat Tiktok Sama-Sama Lagi

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Wanita Ajak ‘Hantu’ Tumpang Naik Kereta, Siap Offer Buat Tiktok Sama-Sama Lagi

Selalu yang kita dengar, orang risau untuk naik kereta malam-malam sebab takut ada ‘benda’ yang datang menumpang pulang ke rumah, kan? Tapi di Indonesia, terbalik pula ceritanya.

Baru-baru ini tular di laman Tiktok pengguna @caalfas berkenaan seorang wanita yang menjemput bukan satu, tapi dua ‘makhluk’ untuk masuk ke dalam kereta bersamanya. Uish, next level punya berani ni!


Melalui video berdurasi 11 saat itu, wanita tersebut dilihat berada dalam keretanya yang sedang melalui Terowongan Casablanca, sebuah rumah hantu berkonsepkan pandu lalu di Jakarta.

Membawa konsep drive-thru, pengunjung Terowongan Casablanca akan diganggu oleh ‘hantu’ dan ‘makhluk halus’ dari dalam kereta masing-masing. Jika kenderaan itu membuka tingkap mereka, maka ‘hantu’ tersebut akan mengganggu mereka dan meminta untuk masuk ke dalam kereta.

Dalam klip tersebut, ‘hantu’ yang dilihat seperti nenek kebayan itu bergayut di tingkap keretanya yang sedikit terbuka. Wanita tersebut kemudiannya bertindak membuka pintu kereta, membiarkan nenek kebayan itu masuk ke dalam.

Lebih menghiburkan, gadis itu turut menyatakan hasratnya untuk membawa pulang kedua-dua hantu dalam keretanya. Dia ingat bawak balik anak kucing ke tu?

Wanita ini turut memuat naik sambungan kepada video tersebut di mana dia mengajak hantu tadi membuat content Tiktok.

Video tersebut tular di Tiktok dengan jumlah tontonan lebih 6 juta dan melebihi 600 ribu like.

Rata-rata netizen di ruangan komen kagum dengan keberanian wanita itu ‘melayan’ hantu-hantu tersebut. Malah ramai juga yang mengaku mengaku takut jika diletakkan dalam situasi sama. Kalau dah duduk sebelah-sebelah macam tu, siapa je tak cuak?

8 89 5Sumber: Tiktok 7 8 6 10 5 10

Berani betul akak tu, kan? Kalaulah Min kat situ, Min pun seriau…

Baca: “Tak jadi nak takut macam ni” – Wanita Sangka Genderuwo Datang Nak Kacau, Rupanya Dipuji Cantik

10 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Wanita Ajak ‘Hantu’ Tumpang Naik Kereta, Siap Offer Buat Tiktok Sama-Sama Lagi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-wanita-ajak-hantu-tumpang-naik-kereta-siap-offer-buat-tiktok-sama-sama-lagi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM