Keadaan cuaca dan krisis alam sekitar di sesebuah kawasan kerap menjadi perhatian ramai, terutamanya apabila ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat. Terbaru, satu hantaran video di platform Threads telah mencuri tumpuan warga maya apabila memaparkan situasi ruang udara yang amat membimbangkan.
Dalam satu kejadian yang berlaku di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Indonesia, satu video menunjukkan kawasan perumahan penduduk diselimuti asap tebal sehingga mengubah warna langit menjadi kuning keemasan dan jingga pekat.
Artikel berkaitan : Dikecam Kerana Berada Di Singapura Ketika Jerebu, Gabenor Kalimantan Timur Rupanya…
Artikel berkaitan : Baru 3 Hari Berkahwin, Syed Saddiq Kembali Ke Parlimen Dengan Isu Jerebu
Langit berubah warna oren
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna akaun @firda_6697, wanita tersebut berkongsi keadaan persekitaran luar kediamannya yang mengalami fenomena jerebu tebal. Dalam video itu, dilihat asap dan kabus tebal di ruang udara sehingga menyebabkan kedudukan matahari langsung tidak dapat dilihat.
Sekaligus, jarak penglihatan menjadi terhad dan dapat diperhatikan bahawa deretan rumah di kawasan tersebut semakin kabur dan sukar dilihat dari jarak dekat.
“Astagfirullahaladzim… Ya Allah, benar tak ni masih di bumi?”
Dalam video berdurasi 35 saat itu juga turut menyentuh hati netizen apabila kelihatan seorang kanak-kanak kecil berada di luar rumah sambil menyaksikan keadaan sekeliling yang bertukar warna.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian di media sosial, di mana dalam tempoh 4 jam dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih 54,000 tanda suka (likes) dan dikongsi lebih 18,000 kali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhadap kualiti udara serta risiko kesihatan kepada penduduk setempat, khususnya buat golongan kanak-kanak dan warga emas.
Selain itu, ramai turut meluahkan rasa berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab atas tindakan pembakaran hutan secara terbuka, serta mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menangani isu ini.

Sumber: Threads
