Selalunya kita dengar orang menjerit masuk rumah hantu sebab kena kacau, kan? Tapi, pernah tak korang dengar orang kena ‘ayat’ dalam rumah hantu?
Bermula tahun lepas, Indonesia telah membuka sebuah pusat wayang berkonsepkan drive in yang diberi nama Drive In Senja. Melalui medium ini, mereka memaparkan filem di sebuah tanah lapang dan pengunjung boleh menontonnya dari dalam kereta masing-masing.
Kebanyakkan filem yang ditayangkan di wayang drive-in ini bertemakan hantu dan thriller. Bukan itu saja, pengunjung juga akan ditemani dengan ‘hantu’ yang akan meronda di luar kenderaan mereka, termasuklah pocong, pontianak, sundel bolong dan genderuwo.
Kebiasaannya, ‘hantu-hantu’ ini akan datang ke satu persatu kereta untuk mengganggu pengunjung yang berani membuka cermin tingkap. Namun, apa yang kita lihat dari video Tiktok pengguna @literallybercanda ini, lain pula ceritanya.
@literally.house Luluh hati aku mas Gun. #driveinsenja #driveincinema #halloween #fypdongggggggg
Melalui video berdurasi 20 saat itu, ‘hantu’ genderuwo tersebut sekadar memandang wanita yang dilihat sedang bersolek di cermin visor kereta. Melihat wanita itu leka, ‘hantu’ tersebut mengeluarkan kata-kata manis yang membuat semua di dalam kereta menjerit teruja. Muka dah seram, tapi hati ada taman!
Kamu udah cantik, kok.”
Video tersebut menghampiri jumlah 2 juta like di laman Tiktok, di mana rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat abang hantu itu yang masih dalam karakter walaupun selepas mengeluarkan pick-up line.
Ada juga netizen yang tidak perasan pun kewujudan ‘hantu’ itu, malah terkejut selepas melihatnya.
Amboi… dah pandai mengorat ya hantu-hantu zaman sekarang.