in

[VIDEO] Tiktokers Kongsi Manfaat ‘Cat Lollipop’ Yang Ramai Boleh Cuba

Fi Avocado

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pencinta kucing, semestinya penjagaan yang terbaik dan sempurna merupakan hal terpenting bagi kucing agar si bulus ni boleh hidup dengan sihat, aktif dan kuat. Ada orang yang sanggup menghabiskan beratus dan ribuan ringgit untuk kucing kesayangan mereka.


Antara penjagaan asas kucing yang ramai perlu tahu adalah memberi makanan yang terbaik buat kucing, jaga kebersihan kucing dan kawasannya, sediakan tempat cakar dan bawa kucing ke klinik veterinar untuk memeriksa kesihatan.

Menerusi satu video TikTokers @barangbestshopeemy yang memang terkenal dengan membuat content menunjukkan barang baru dan menarik dari Shopee, TikTokers ini berkongsi tentang manfaat ‘cat lollipop’ yang ramai netizen boleh cuba.

@barangbestshopeemy

Avocado Cat nips #barangbagus #goodthing #goodstuff #fypシ゚viral

♬ original sound – Barang Best Shopee MY – Barang Best Shopee MY

Dalam video tersebut, Tiktokers ini dilihat melekatkan beberapa ‘cat lollipop’ berbentuk Avocado di dinding untuk dijilat oleh kucing peliharaannya. TikTokers ini turut berkongsi beberapa manfaat produk penjagaan kucing ini dengan netizen.

Menurutnya, antara kebaikan ‘cat lollipop’ ialah produk ini boleh membersihkan mulut dan meningkatkan selera makan kucing. Selain itu, produk ini boleh kurangkan bau mulut kucing, memudahkan kucing untuk muntahkan hairball, meningkatkan kecergasan dan menaikkan mood kucing.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa produk penjagaan kucing yang boleh dibeli dari Shopee ini sangat menarik. Ada juga yang baru tahu akan kewujudan produk ini dan teringin nak beli untuk kucing mereka.

“Belilah untuk kucing awak” – Komen netizen

“Korang kalau nak beli boleh cari dekat shopee : avocado catnip” – Komen netizen

Zebra

Korang bolehla cuba beli ‘cat lollipop’ untuk kucing kesayangan korang ni! Murah je tau kat Shopee!

Baca: “Pesara Polis Tembak Kucing Jantan Dengan Senapang Patah Didenda RM6,500”

Bob

 

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.