in

Suspek Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Dengan Kucing Ada 3 Rekod Jenayah

Ft Buat Perkara Tak Senonoh Dengan Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suspek yang ditahan berhubung kes perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di Pasir Puteh, Kelantan rupanya mempunyai tiga rekod jenayah lampau, antaranya kes dadah dan pecah rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan bahawa suspek berusia 49 tahun yang tidak berkahwin itu kini sudah pun direman bagi membantu siasatan lanjut.


Artikel berkaitan : Niat Nak Selamat Kucing, Lelaki Terjatuh Sedalam 4 Meter Sebelum Diselamatkan Bomba

Artikel berkaitan : “Melambung 3, 4 meter” – Ramai ‘Menyirap’ Dengan Tindakan Gila Wanita T*ndang Anak Kucing

Menurutnya, kucing yang menjadi mangsa dalam kejadian berkenaan telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi menjalankan pemeriksaan dan mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami.

Hasil siasatan turut mendapati suspek memiliki sebanyak 11 ekor kucing secara keseluruhan. Baki 10 ekor kucing milik lelaki itu telah pun diselamatkan dan diambil oleh pihak polis bersama organisasi bukan kerajaan (NGO) pada malam tadi.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai 11 ekor kucing dan baki 10 ekor kucing terbabit sudah diambil pihak polis dengan badan bukan kerajaan (NGO) pada malam tadi.

“Suspek tidak berkahwin dan mempunyai tiga rekod jenayah termasuk kes dadah dan pecah rumah.

Screenshot 2026 10 20 151531

“Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing ketika tangkapan dilakukan adalah negatif,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis berjaya menahan seorang lelaki susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang memaparkan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima satu laporan rasmi berhubung kejadian berkenaan pada kelmarin sebelum tindakan lanjut diambil.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.