in

Pesara Polis Tembak Kucing Jantan Dengan Senapang Patah Didenda RM6,500

Fi Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada hamster, arnab dan anjing, kucing ialah salah satu haiwan peliharaan jinak yang banyak dipelihara ramai orang. Selalunya si bulus ni perlu diberi penjagaan yang rapi supaya tidak dijangkiti penyakit yang serius.


Kucing pun sebenarnya boleh menjadi terapi dan menghilangkan stress seseorang. Pendek kata setiap daripada kita akan sayang kucing dan tak tergamak untuk melukakan atau menyakiti si comel ni.

Baru-baru ni,seorang pesara polis telah menembak seekor kucing jantan sampai mati di kawasan kebun ,dia didenda RM6,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang semalam, lapor Kosmo!

Kucing

Majistret Nik Fadli Nik Azlan telah menjatuhkan hukuman denda terhadap Zainol Abidin Md. Zain, 65 terhadap 2 pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. Jika tertuduh gagal bayar jumlah tersebut, dia boleh dipenjara selama 8 bulan.

Mengikut pertuduhan pertama, Zainol Abidin sengaja melakukan khianat dengan membunuh kucing tersebut dengan cara menembak menggunakan selaras senapang patah miliknya. Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 3 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika bersalah.

Peguam tertuduh, Azman Abdullah telah memohon satu hukuman rendah dengan alasan tertuduh menembak kucing kerana telah memakan ayam jantan peliharaan miliknya.

“Pelbagai cara dilakukan bagi mengelakkan kucing tersebut makan ayam tertuduh. Selepas tertuduh tembak kucing, tertuduh sendiri telah tanam kucing tersebut” – Azman Abdullah

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azhar telah memohon mahkamah untuk beri hukuman setimpal bagi memberi iktibar kepada tertuduh.

“Tindakan tertuduh menembak kucing adalah disifatkan sebagai sesuatu yang tidak wajar” – Nur Shasha Hidayah

Nur Shasha turut menambah yang haiwan peliharaan seperti kucing tidak mendatangkan bahaya kepada tertuduh.

Haiwan pun ada perasaan juga jadi sayangilah haiwan peliharaan korang tau!

Baca: “Kejamnya!” – Didakwa Angkara Khianat, Polis Siasat Kematian Lebih 15 Ekor Kucing di Terengganu

Kucingz

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.