[VIDEO] “Tau pulak takut dah menyamun” – Lelaki Dipercayai Penjawat Awam Buat Onar Rempuh Lima Kenderaan

Jadikan sumber pilihan di Google
[VIDEO] “Tau pulak takut dah menyamun” – Lelaki Dipercayai Penjawat Awam Buat Onar Rempuh Lima Kenderaan

Semalam semua orang kecoh pasal kes seorang pemandu Perodua Myvi yang dilapor tergamak merempuh lima kenderaan lain, selepas dikejar sekumpulan penunggang motosikal.

Nak tau sebab apa driver ni gabra sangat? Sebab rupanya sebelum tu dia disyaki menyamun orang kelainan upaya kat satu lokasi lain.


Myvi3

Kalau ikut laporan Bernama, suspek dikatakan menolak OKU terbabit keluar dari keretanya.

Jadi bila dah kantoi, dia bertindak merempuh lima kenderaan di sepanjang Jalan Pudu dalam cubaan untuk melarikan diri.

Seorang pengguna Twitter @AfnanSyahir, ada berkongsi rakaman aksi kejar mengejar sewaktu kejadian. Bayangkan dalam keadaan jalan raya yang tengah sesak, nak pula time tu memang peak hour orang balik kerja — memang takkan ke mana la jawabnya.

Ni pulak rakaman driver tu lunyai dikerjakan orang awam.

Kejadian tersebut nyata mengundang rasa kurang senang netizen lain, yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan.

Myvi2

Myvi5

Myvi6

Apa pun, benda ni dah jadi kes polis jadi kita biar pihak berkuasa jalankan tugas mereka pulak ye.

Pengajaran dia, fikirlah dengan bijak sebelum nak buat sesuatu tu. Kalau silap langkah, nahas jawabnya.

 

Baca: “Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun engko nakal ye?” – Kereta Ala Myvi Jalan Laju Masa Polis Tersadai 

Myvi

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Penggemar berat Morrissey dan Dwight Schrute.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] “Tau pulak takut dah menyamun” – Lelaki Dipercayai Penjawat Awam Buat Onar Rempuh Lima Kenderaan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-tau-pulak-takut-dah-menyamun-lelaki-dipercayai-penjawat-awam-buat-onar-rempuh-lima-kenderaan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen