in

“Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun engko nakal ye?” – Kereta Ala Myvi Jalan Laju Masa Polis Tersadai

Aksi Menegangkan Seorang Polisi Lalu Lintas Atau Polantas Saat Menjalankan Tugasnya Terekam Kamera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun engko nakal ye?" - Kereta Ala Myvi Jalan Laju Masa Polis Tersadai
Loading
/

Terbang sudah, masuk air sudah, macam-macam lah aksi kuak lentang yang dah jadi kat atas highway kereta Myvi ni.


Terbaru, teknik turun temurun dia ni merebak sampai ke Indonesia pula viral.

 

Tak cukup kat Malaysia, sampai ke Indo pun kau nakal ya?”

Video berdurasi 11 saat ini menunjukkan kereta jenama Sirion (kereta ala Myvi di Indonesia) ini buat hal kat atas jalan.

Kereta tu selamba je jalan laju walaupun polis trafik duduk terdasai kat atas boot depan tu. Difahamkan jauh juga kereta tu dah dah bawa walaupun polis tu dah berkali-kali bagi isyarat tangan untuk berhenti.

Tapi akhirnya kereta tu berhenti juga, biarpun belum dikenalpasti lokasi spesifik, kejadian ni difahamkan berlaku di Indonesia.

Saat netizen dari negara tersebut kongsikan video ini, ada antara 9,000 orang yang retweets video ni merupakan orang Malaysia.

Disebabkan itu, ia semakin viral apabila dapat perhatian rakyat Malaysia, masing-masing terhibur bila tengok kereta ni buat hal. Umumnya, kita tahu kereta ni memang selalu jadi perhatian orang kat atas jalan kan?

Sedikit info buat korang, Myvi dan Sirion ni ada kait mengait juga. Menerusi paultan.org, kereta Sirion ini sebenarnya di rebadged (dilancarkan balik tapi dengan nama lain) daripada kereta Myvi kerana kedua-dua syarikat automobil ini dibawah naungan syarikat yang sama.

 

Baca : [VIDEO] Tak Sampai Seminit! Lelaki Selamba Curi Kereta Myvi di Ampang Jaya

Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.