in

Melonjak 8 Anak Tangga, Malaysia Kini Di Kedudukan Ke-15 Dunia IMD World Competitiveness Index 2026

Imd Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi negara, ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Mana tidaknya, kedudukan daya saing ekonomi Malaysia di peringkat global kini melakar sejarah baharu apabila negara berjaya melonjak naik ke tangga ke-15 dunia dalam laporan IMD World Competitiveness Index 2026.


Imd 1

Pencapaian luar biasa ini menyaksikan Malaysia memperbaiki kedudukan dengan peningkatan sebanyak lapan anak tangga berbanding tangga ke-23 pada tahun lalu.

Lebih membanggakan, lonjakan ini meletakkan ekonomi Malaysia kukuh di kedudukan kedua paling berdaya saing di rantau ASEAN, mengekori rapat Singapura.

Prestasi cemerlang ini menjadi bukti jelas terhadap keyakinan komuniti global yang semakin padu terhadap hala tuju strategik negara.

Ini adalah hasil daripada:

  • kestabilan politik
  • kejelasan dasar negara
  • pelaksanaan reformasi struktur yang berterusan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi gagasan Kerajaan MADANI.

Imd 3

Pencapaian yang amat memberangsangkan ini bukanlah usaha berseorangan, sebaliknya ia adalah hasil kerja keras bersama seluruh rakyat, penjawat awam, komuniti perniagaan, dan para pelabur yang terus meletakkan kepercayaan tinggi terhadap potensi besar Malaysia.

Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh tadbir urus, menjamin keselamatan dan kestabilan negara serta menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi.

Segala langkah proaktif ini akan terus dipergiat secara konsisten demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara sentiasa terbela.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.