in

Lebih 700 Kesalahan Jalan Raya Bakal Berdepan Kenaikan Kompaun Maksimum RM500 Sekiranya RUU Diluluskan

Syaz Ft 2026 06 22T171034.958

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar kompaun maksimum bagi lebih 700 kesalahan jalan raya dijangka akan dinaikkan kepada RM500 sekiranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan oleh Parlimen.

Dalam laporan Berita Harian, Kementerian Pengangkutan (MoT) dijadualkan membentangkan syor kenaikan kadar baharu ini untuk bacaan pertama RUU berkenaan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga 16 Julai depan.


Artikel berkaitan: Tular Bagi Terjemahan Salah, Komposer Lagu The Lion King Saman Pelawak RM108 Juta

Artikel berkaitan: Tak Sempat Guna Untuk Majlis Kahwin, Kereta Mewah Dipandu Bukan Warganegara Antara 145 Kenderaan Disita JPJ

Images 12

Kini, kadar kompaun maksimum bagi pelbagai saman kesalahan jalan raya yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanyalah RM300. Antara kesalahan yang tertakluk di bawah kadar ini termasuklah:

  • Memandu secara melulu dan memecut
  • Memandu tanpa lesen atau cukai jalan yang sah
  • Melanggar lampu isyarat merah

Bagaimanapun, kadar RM300 sedia ada dilihat tidak lagi memadai dan kurang memberi kesan pengajaran. Ini kerana kes-kes kesalahan serius serta kesalahan berulang masih kerap berlaku, malah seolah-olah dipandang remeh oleh segelintir pengguna jalan raya.

Fokus Kesalahan Yang Terlibat

Kenaikan kompaun maksimum kepada RM500 yang dicadangkan ini bakal melibatkan beberapa seksyen utama di bawah Akta 333, antaranya:

  • Seksyen 14: Kesalahan berkaitan pelesenan kenderaan motor.
  • Seksyen 15: Kesalahan berkaitan lesen kenderaan motor.
  • Seksyen 26: Penggunaan kenderaan tanpa lesen memandu yang sah.
  • Seksyen 40: Kewajipan perlindungan insurans pihak ketiga.

Langkah memperketatkan kadar kompaun ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran, disiplin, dan keselamatan semua pengguna jalan raya di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Sumber: MetaFin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.