Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan satu sesi libat urus bersama penganjur RXZ Members bagi menambah baik penganjuran program itu kelak.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sesi libat urus kali pertama itu bertujuan untuk mendengar pandangan daripada penganjur sendiri.
Artikel berkaitan : Balu Mangsa Kemalangan M*ut RXZ Member 8.0 Layak Terima Faedah PERKESO Sepanjang Hayat
Artikel berkaitan : Lelaki Singapura Tak Dapat Sertai RXZ Members 8.0 Lepas Ditahan Lakukan Aksi ‘Superman‘
“Kita juga mencadangkan beberapa penambahbaikan program (RXZ Members). Kami bukan hendak menyekat acara itu, apa penting adalah keselamatan jalan raya bukan sahaja kepada peserta tetapi kepada pengguna jalan raya lain.”
Tambah beliau, sesi libat urus akan diadakan di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya pada Rabu.

Dalam pada itu, terdapat 46 kes kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motor direkodkan dalam tempoh 4 hari itu di mana ia adalah tempoh sepanjang penganjuran program RXZ Members 8.0.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, daripada jumlah tersebut, 11 kes atau 24 peratus kemalangan maut, 5 kes (11 peratus) kemalangan parah dan 30 kes (65 peratus) kemalangan ringan.
Sumber: Sinar Harian
