[VIDEO] Najib Sorok Kereta Mewah?

Jadikan sumber pilihan di Google
[VIDEO] Najib Sorok Kereta Mewah?

Kalau sebelum ni isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa cuba menyembunyikan beg tangan mewah miliknya, kali ini Datuk Seri Najib juga didakwa melakukan perkara yang sama kepada kenderaan mewah kepunyaannya.

Menurut Sinar Harian, lebih 20 pengamal media berkumpul di perkarangan Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan semalam selepas tularnya rakaman video mendakwa Najib menyorok kenderaan mewah di kawasan parkir kondominium mewah tersebut.


Keretanajib
Sumber: Facebook

Wartawan dan jurukamera dilihat memenuhi kawasan hadapan kondominium itu kerana mereka tak dibenarkan masuk ke kawasan parkir walaupun hujan lebat.

Kenderaan jenis Mercedes dan Toyota Vellfire yang dipercayai membawa Najib dilihat memasuki kawasan parkir itu pada jam 6.45 petang semalam. Kereta Mercedes itu kemudiannya dilihat keluar pada jam 8:30 malam diikuti oleh Toyota Vellfire pada jam 9:50 malam.

Kertesa
Sumber: Facebook

Dalam video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial, rakaman tersebut mendakwa bahawa beberapa buah kereta mewah yang terletak di kawasan letak kereta aras bawah kondominium mewah itu merupakan milik Najib dan disorok oleh rakannya yang memiliki unit di kondominium tersebut.

Pun begitu, tiada pasukan polis dilihat membuat sebarang pemeriksaan mahupun serbuan di kawasan tersebut. Sumber memaklumkan bahawa setakat ini tiada pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman membuat sebarang serbuan di kondominium terbabit.

33985662 1784402591625475 8561985315659579392 N
Sumber: Facebook
33902508 1784402454958822 697285350640320512 O
Sumber: Facebook

Bernama telah cuba untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berkenaan hal ini namun gagal kerana pihak berkaitan tidak dapat dihubungi. Kalau betul tu semua kereta Datuk Seri Najib, mak ai banyaknya kereta mewah dia gais.

Cuba korang tengok video kat bawah ni:

Sumber: Facebook

Baca: Rosmah Cuba Sorok Beg Birkin?

Beg

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Najib Sorok Kereta Mewah?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-najib-sorok-kereta-mewah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen