“Caiyok!” – Muat Naik Ukuran Badan, Janna Nick Tekad Ingin Kurus!

Jadikan sumber pilihan di Google
“Caiyok!” – Muat Naik Ukuran Badan, Janna Nick Tekad Ingin Kurus!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Janna Nick, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi langkah awal usahanya untuk menurunkan berat badan menerusi cabaran selama 90 hari.

Menerusi satu hantaran di Threads, Janna memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya mengukur beberapa bahagian badan menggunakan pita pengukur, antaranya pada bahagian lengan, pinggang dan pinggul. Perkongsian tersebut disertakan dengan kapsyen yang penuh semangat sebagai tanda permulaan bagi perjalanan dietnya.


Artikel berkaitan: “Mulai hari ni saya dah give up nak TTC” – Janna Nick Fokus Nak Kuruskan Badan

Artikel berkaitan: “Bella ok guys, dia faham” – Dituduh Bergaduh, Janna Nick & Puteri Sarah Jawab Dakwaan Tak Hadir Majlis BASS

 

View on Threads

 

“Bismillah, Day 1/90 start diet & join challenge kurus selama 90 hari 😅 Tolong doakan saya guys ! Semoga saya turun banyak KG! 🙏🏼🤩 Simpan segala berat & ukuran kat sini !”

Langkah telus Janna yang memilih untuk merekodkan ukuran badannya secara terbuka sejak hari pertama nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang memuji keberanian serta keterbukaan beliau dalam berkongsi proses sebenar, memandangkan perjalanan menurunkan berat badan sering kali penuh dengan cabaran konsistensi.

Tidak kurang juga pengikut yang menitipkan kata-kata semangat, doa serta tip berguna agar Janna kekal beristiqamah sepanjang tempoh 90 hari tersebut.

Cats 12

Dengan azam yang jelas serta sokongan padu daripada para peminat dan pengikut di media sosial, ramai yang tidak sabar untuk melihat perkembangan serta transformasi Janna Nick menjelang hari ke-90 cabaran tersebut. Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan membuahkan hasil yang diharapkan!

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Syaziyah Sharif
Semua tulisan Syaziyah

Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Caiyok!” – Muat Naik Ukuran Badan, Janna Nick Tekad Ingin Kurus!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/caiyok-muat-naik-ukuran-badan-janna-nick-tekad-ingin-kurus/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen