in

Rosmah Cuba Sorok Beg Birkin?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas satu, satu lagi rahsia terbongkar yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri kita dan isteri beliau. Hari ini, Rosmah Mansor didakwa cuba memindahkan handbag jenama mewah miliknya. 


Menurut Mstar, Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ben Ali memaklumkan bahawa pihak mereka ada menerima maklumat dan rakaman video yang menunjukkan lebih kurang 50 buah handbag jenama Birkin sedang dipindahkan.

Difahamkan, operasi itu dibuat menggunakan sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri dan beg tersebut dipindahkan ke beberapa buah unit kondominium yang terletak di Pavilion Resindence KL.

Sumber: Facebook

Menerusi gambar laporan polis yang tular, setiap satu handbag itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM200,000. Setiap kotak handbag tersebut tertera label nama si pemberi kepada si penerima, dan difahamkan ianya adalah hadiah pemberian. Dipercayai penerima handbag itu adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri kita.

“Oleh kerana Najib dan Rosmah terpalit dengan skandal penyelewengan wang secara besar-besaran, kami selaku Exco Pemuda PPBM Nasional ingin menggesa serbuan dilakukan ke unit kondominium di Pavilion Resident tersebut.”

Sumber: Facebook

Menurut Ben lagi, selain handbag, van tersebut juga menimbulkan curiga apabila ia tertera Jabatan Perdana Menteri dan Jata Negara Malaysia.

“Kalau betul itu milik JPM, maka ini adalah salah satu guna kuasa, di mana Rosmah menggunakan aset milik kerajaan tanpa kebenaran dan untuk kegunaan peribadi.”

Pihak polis juga menasihatkan untuk pihak berkenaan melaporkan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) secepat mungkin.

Nak bawak ke mana pulak handbag tu…

Baca: “Bomoh, ahli sihir sentiasa ada di rumah” – Anak Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.