Umum mengetahui bahawa di sebalik situasi pandemik ini, kita sedang berdepan dengan kemelut politik yang melanda negara ini. Perkara ini meruncing apabila perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Jemaah Menteri yang lain pada Isnin lalu.
Sehingga kini, persoalan tentang siapa yang akan menerajui kerajaan masih menjadi tanda tanya oleh seluruh rakyat.
Kumpul undi majoriti
Sejak beberapa hari ini, beberapa buah nama telah disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 dan nama Ahli Parlimen Bera, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah dicalonkan oleh UMNO untuk mengisi kekosongan tersebut lapor The Star.
Menurut sumber juga, pihak pembangkang telah mencalonkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut, dan hingga kini pengumpulan undian majoriti oleh Ahli Parlimen yang lain sedang dilakukan untuk menentukan siapa akan mengetuai kerajaan yang baru.
Dedah perbualan dengan agong
Walau bagaimanapun, tindakan seorang Ahli Parlimen baru-baru ini yang mendedahkan perbualannya menerusi panggilan telefon bersama Yang di-Pertuan Agong telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi klip video yang viral berdurasi 1 minit lebih itu, beliau dilihat sedang berbual dengan baginda Agong untuk menyatakan sokongannya pada ahli parlimen yang dipercayai untuk mengemudi kerajaan.
Lalu dengan jelas dan rela hati, beliau menyatakan sokongannya terhadap Dato Sri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri yang baru.
“Kenapa sampai call siap loudspeaker?”
Hasil tinjauan di ruangan komen posting seorang netizen di Twitter, ramai yang seakan mengkritik tindakan Ahli Parlimen tersebut kerana seolah-olah tidak menghormati titah Tuanku.
Harap semoga cepat urusan ni diselesaikan, supaya kerajaan baru meneruskan usaha untuk melandaikan penularan wabak Covid-19 ni. Stay safe semua!
Baca : [TERKINI] Datuk Seri Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri