in

[TERKINI] Datuk Seri Ismail Sabri Dilantik Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Tpm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang porfolio Menteri Pertahanan.


Dalam pada itu, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Menerusi satu kenyataan hari ini, sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

Disamping itu, Perdana Menteri bersetuju untuk melantik beliau dalam membantu pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan ia berkuatkuasa serta-merta.

“Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Pakatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pendemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.”

 

Baca : TERKINI: Senarai Lengkap 13 Menteri, 23 Timbalan Menteri Kabinet Malaysia

Kabinet

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.