in

“Call bank dia rampas telefon” – 3 Scammer Menyamar Jadi Penarik Kereta Berani Bergaduh Dengan Polis Sebab Nak Curi Kereta

Tarik4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada wanita diluar sana kena berhati-hati sebab sekarang ni bahaya tak kira waktu, siang ke, malam ke, bahkan tak kisah lah tempat ramai orang atau sunyi pasti boleh terdedah dengan bahaya.


Berikutan dengan penularan kes wanita sembur racun perosak pada ejen penarik kereta tu, ada lagi kes baru yang terjadi kepada seorang wanita ni.

Kejadian berlaku di sekitar ibu kota, dia didatangi oleh 3 orang lelaki kononnya bayaran kereta tertunggak 19 bulan, tapi taktik gagal sebab bila dapat tahu agenda mereka. Wanita diluar sana bahaya! Lagi-lagi yang suka tinggalkan name card kat kereta tu, baca ni!

 

Terima panggilan daripada DBKL, tiba-tiba kata kereta tak bayar 19 bulan

Kejadian ini berlaku pada 17 Mei lepas sekitar 1.30pm di MITEC, sewaktu Francis berjumpa dengan rakannya, rakan wanita itu terima panggilan kononnya daripada pihak DBKL mungkin sebab illegal parking dan tinggalkan nombor di kereta.

Francis buat keputusan untuk menemani rakannya, setibanya di tempat letak kereta, dia melihat ada 3 orang lelaki, mereka mendakwa bahawa rakannya itu tidak membayar bulanan kereta selama 19 bulan!

 

Bila kata tak ada tunggakan, dia nak marah, hubungi bank dia rampas telefon, berpura-pura cakap padahal matikan

Posted by Francis Yirdaki CT on Friday, May 17, 2019

Padahal tidak sebarang tunggakan pun dalam kereta, apabila dijelaskan lelaki dalam video ini tiba-tiba nak naik angin, dia seolah-olah tak boleh terima yang kereta ni tak ada tunggakan.

Kemudian, masa kawan wanita Francis ni cuba hubungi bank dia rampas telefon tersebut dan berpura-pura bercakap dengan operator bank padahal dia sebenarnya matikan.

Francis pun cuba hubungi rakannya untuk mendapatkan nasihat memandangkan dia dah terkena perkara yang sama, ketika Francis hubungi pihak polis ada salah seorang kuncu ‘penarik kereta’ tu cuba mengekorinya.

Ketika dia hubungi, rakannya itu didesak oleh lelaki ini untuk mendedahkan identitinya dan cuba nak menghalaunya. Dari situ ugutan dah bermula.

 

Kerap mengugut, bila diajak ke balai polis cuba elak.

Posted by Francis Yirdaki CT on Friday, May 17, 2019

Lelaki tersebut kerap menegaskan yang dia mempunyai surat bukti daripada pihak bank dan memerlukan masa 5 minit untuk dicetak sedangkan pertengkaran berlaku hampir 90 minit tapi tak dapat-dapat.

Sepanjang perbincangan itu, dia dan rakannya kerap menerima ugutan, dan cuba mengelirukannya, dia seolah-olah nak berdalih apabila dicuba bawa kes ni ke balai polis.

Lebih mencurigakan lagi tag yang digunanya hanya tunjuk di bahagian belakang kad identiti tapi bila Francis perhatikan kad itu di pusing secara tiba-tiba, dia mendapati kad itu adalah lesen memandu seorang wanita.

Tapi sewaktu polis tiba, lelaki itu cepat-cepat tanggalkan lanyard tersebut, dan berikan kepada rakannya untuk disembunyikan.

 

Kalau tak nak kena tarik kena bayar gajinya RM5500

60766979 10157524985242139 3789045918334976000 N

Sementara nak tunggu polis sampai, lelaki tersebut dakwa kononnya boleh berikan bantuan dengan meminta bayaran untuk gajinya sebanyak RM5500, kalau tidak kereta akan diambil. Kononnya kalau tak mampu dia boleh bagi turunkan harga.

Ketika polis hampir tiba, dia dah mula rasa tak senang dan cuba nak lari dengan memasang toll truck pada kereta wanita itu.

Malah dia dengan biadapnya rampas kunci kereta dan paksa untuk kawannya untuk keluar ketika kawannya di dalam kereta.

Apabila polis datang, dia tiba-tiba jadi baik kata dia diamanahkan oleh pihak bank untuk menarik kereta ini tanpa perlu keizinan pihak bank dan laporan polis.

 

Dapat tahu bahawa dia ni hanyalah scammers apabila:

  1. Pihak bank sendiri suruh hubungi polis tetapi lelaki tu tetap berlakon
  2. Pihak bank tegaskan mereka tidak menghantar sesiapa pun untuk tarik kereta
  3. Di hadapan polis dia cuba menegakkan benang yang basah, padahal dah terang-terang dia menipu.
  4. Bergaduh dengan polis
  5. Bersetuju nak ikut ke balai tapi dia cabut lari

Haihh! bahaya betul, kalau jumpa orang macam ni, nasib baiklah wanita ini dan Francis seorang yang berani, kalau dapat wanita lain, mesti takut jadinya.

Caya kasar ni, mestilah orang tak berani lawan lebih-lebih lagi wanita. Jadi, kepada sesiapa yang kerap tinggalkan nombor telefon di kereta, harap hati-hati. Senang cerita jangan park illegal dan double park terus.

Baca : Nasib dalam kereta tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam”- Wanita Spray Ejen Tarik Kereta Buka Mulut

Honda2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.