“Nasib dalam kereta tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam” – Wanita Spray Ejen Tarik Kereta Buka Mulut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sabtu lepas, video seorang wanita cuba sembur ejen penarik kereta menggunakan racun serangga viral di media sosial. Dalam video tersebut, dia meminta tolong kononnya diragut sebelum pergi.

Kejadian yang berlaku di Langkawi ini dikatakan berpunca akibat ejen tersebut menjalankan tugasnya kerana bayaran kerana jenama H itu dah tertunggak.

 

Tunggakan kereta sampai 5 bulan!

Ni full Video Kes Tarik Kereta Laki bini sama perangai tak nak bayar duit kereta…bini amik sembur racun pemedih mata untuk sembur orang tua yang nak tarik kereta dan laki dia pula guna pedang samurai untuk libas orang yang nak tarik kereta

Ni full Video Kes Tarik KeretaLaki bini sama perangai tak nak bayar duit kereta…bini amik sembur racun pemedih mata untuk sembur orang tua yang nak tarik kereta dan laki dia pula guna pedang samurai untuk libas orang yang nak tarik keretaPendapat anda patut tarik tak kalau tak bayar ?kredit:berita laman sosial

Posted by Intan Najuwa on Sunday, May 19, 2019

 

Dalam video tersebut, ada  lelaki  masuk ke dalam kereta wanita itu dan duduk dibahagian pemandu sebelum wanita tersebut menyemburnya dengan racun serangga sambil menjerit-jerit.

Apabila lelaki tersebut keluar, wanita itu terus menjerit dan menutup pintu kenderaan sebelum memandu pergi dari situ.

Kemudian, ejen tersebut pergi kerumah tempat yang kereta tersebut telah didaftarkan bagi mendapatkan semula kereta tersebut tapi usaha terbantut apa bila adik kepada wanita tersebut cuba nak melibas mereka dengan pedang samurai.

Memandangkan penularan video ini mengundang pelbagai reaksi netizen, wanita tersebut tampil memberikan keterangan sebenar.

 

“Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan nak pertahankan diri” – Pemilik kereta

Sumber : Blog

Menurut sumber, wanita tersebut telah membuat laporan polis atas kejadian tersebut, dia menjelaskan bahawa lelaki berkopiah tu telah mengasarinya dan membuatkan dia rasa cemas.

“Perhatian kepada semua netizen yang viral kan video saya dan yang komen tentang video ni.. Baca betul-betul keterangan ni.. Ini bukan rekaan semata-mata.. Kalau nak tahu betul ke tidak tolong bagi kerja sama untuk pihak yang berkuasa jalankan tugas.”

“Saya seperti yang tertera di dalam video tersebut .. Pada hari kejadian saya dan anak saya berumur 2 tahun sebelum saya ke bank saya pergi membeli sedikit barang rumah bersama anak.”

Dia juga mejelaskan bahawa lelaki-lelaki tersebut meminta agar bayaran harus dilunaskan kepada mereka. Dia juga ada menjelaskan bahawa dia bukanlah pemilik sah kereta tersebut.

“Semasa saya keluar dari bank di datangi dua orang lelaki dan berkasar dengan saya dan anak saya menyatakan mahu mengambil kereta yang bukan hak milik saya dan sekiranya saya tidak mahu bagi kereta, saya perlu membayar kepada mereka.”

Dalam kejadian itu pak cik tua itu telah menyigung (menyiku) saya sehingga saya tersandar di kusyen kereta lalu saya dapat mencapai ridsect yang dibeli saya itu. Saya seorang perempuan apabila mereka berkelakuan sedemikian saya dan mana-mana perempuan sekali pun akan bertindak begitu.

Nasib dalam kereta saya tidak ada senjata tajam kalau ada mesti saya sudah tikam mereka kerana saya panik dan nak pertahankan diri dan anak saya.

Kalau betul mereka agen sah penarik kereta mereka tahu undang-undang untuk tarik kereta bukan datang seperti penyamun. Wajar bagi saya berbuat sedemikian kerana nak mempertahankan diri dan anak saya, bukan nak pertahankan kereta yang bukan hak milik saya yang sah.

Ketika dia membuat kenyataan terbuka dalam satu group  yang khas untuk komuniti warga Langkawi, bermacam-macam reaksi yang diberikan. Ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan ada juga yang mengecam wanita tersebut.

Hurmm dah dengar cerita daripada kedua-dua pihak, jadi korang nilaikanlah sendiri.

 

Baca : Pemandu Wanita Terpaksa Rempuh Kereta Depan Dengan Sengaja Kerana Penumpang Asing Cuba Seluk Tangan Bawah Kainnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.