in

“Tubik air mato ambo, syurga buatmu bro” – Netizen Tersentuh Lihat Tindakan Terpuji Lelaki Jaga Ibu Uzur .

Feat 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata-kata “Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”.


Sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga kedua orang tua kita seperti mana mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Dididik, dijaga dengan penuh kasih sayang.

Perkongsian Shafiq’s Hamzul baru-baru ini buatkan ramai netizen mengalirkan air mata.

Shafiq telah berkongsi gambar seorang anak membawa ibunya yang tua dan uzur menaiki motosikal dan kemudian menikmati makanan di kedai dengan si anak menyuap si ibu dengan penuh kasih sayang..allahu, siapa yang potong bawang ni aishh!

 

“Bagoh deh anok dyo bwok mok mari make keda dgn keadaan mok xleh jale.”

Status

Siapa tak sebak melihat gambar di atas? Jelas dari pandangan mata si anak, memperlihatkan perasaan kasih dan sayang sepenuh hati kepada si ibu yang kelihatan tidak begitu bertenaga.

Si ibu pula, bagai mengerti kasih sayang si anak, memandang anak lelakinya dengan penuh manja dan bahagia..rindunya kat mak 🙁

Admin pun jeles tengok keakraban anak beranak ini yang kelihatan cukup menikmati momen indah walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Tengok anaknya suap ibu pun admin boleh nampak keikhlasan lelaki itu menjaga ibunya.

Anak syurga, berjasa kepada ibunya yang uzur

52011237 2271524559566976 9218261249110835200 N

52008331 2271524606233638 6183727310999388160 N

Selidik punya selidik, rupa-rupanya admin difahamkan yang lelaki tersebut dikenali sebagai Babo Taufik dan dia tinggal di Pondok Gelang Mas, Kelantan.

Apa yang admin dapat kongsikan kepada korang semua, Babo sememangnya sudah lama menjaga mak dia malah dia cukup rapat dengan ibunya itu.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Babo sentiasa memastikan ibunya dijaga dengan baik..Tak semua mampu buat macam apa yang lelaki ini buat, salute!

 

Ya Allah sedih nyo tengok Smiley Cry

Komen 1 2

Syurga buat mu bro – Netizen

Komen 2 3

Free free bleh syurgo

Komen 3 2

Untung mak dia dapat anak macam ni

Komen 4 2

 

Semoga lelaki tersebut mendapat balasan yang setimpal atas amanah dan tanggungjawab yang dijalankannya sebagai anak..rindu emak 🙁

Baca : Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah.. Luahan Sayu Ibu Kanak-kanak Perempuan Yang Maut Selepas Terjatuh Motor Sebab Tertidur

Amiera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.