in

Walaupun Berbeza Aliran Politik, PMX Dipuji Tinggalkan Komen di Posting Wan Ahmad Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, media melaporkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan kecemasan.

Menerusi satu posting yang dimuat naik Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu sendiri petang semalam, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan bahawa beliau dimasukkan ke HKL selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dari awal pagi hingga jam 6 petang semalam.


Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya di kediaman mereka.

Wan Fayhsal

Insya-Allah saya akan melalui ujian CT Scan (imbasan Tomografi Berkomputer),” katanya lagi yang juga berterima kasih kepada pihak yang mendoakan kesihatannya.

Artikel berkaitan: “Pernah terbang sekali masa PRU15” – PMX Luah Rasa Sebak, Hubungi Bapa Allahyarham Kapten Zainol

Artikel berkaitan: “Uncle Anwar datanglah…” – Murid Jemput Hadir Ke Hari Usahawan Cilik, Komen Balas PMX Curi Perhatian Ramai

Perdana Menteri doakan kesembuhan 

Dalam hantaran berkenaan, dapat juga dilihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan komen mendoakan agar Ahli Parlimen Machang tersebut diberikan kesembuhan segera.

Anwar

Salam saudara, saya doakan supaya saudara lekas sembuh dan diberikan afiyah,” katanya ringkas.

Komen tersebut telah mendapat perhatian para netizen yang memuji sikap Perdana Menteri sebagai seorang yang matang dan mengetepikan perbezaan politik apabila ada di antara Ahli Parlimen berdepan dengan masalah kesihatan.

Sumber: Threads, Harian Metro

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.