“Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah..” – Luahan Sayu Ibu Kanak-kanak Perempuan Yang Maut Selepas Terjatuh Motor Sebab Tertidur

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah..” – Luahan Sayu Ibu Kanak-kanak Perempuan Yang Maut Selepas Terjatuh Motor Sebab Tertidur

Sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Dia kehendaki, bahawa Dia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang Dia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.

Kuasa Allah itu sememangnya tiada tandingan, siapa kita untuk melawan takdir dan ketentuan-Nya.


Begitu juga bagi Amereza Zaameer, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang koma selepas dipercayai terjatuh dari motosikal.

52005841 2514545655253816 6671982242635448320 N

Kejadian berlaku pada tengahari Jumaat lalu, yang mana seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terjatuh dari motosikal akibat tertidur sehingga menyebabkan kanak-kanak itu koma.

“Doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah.”

Menurut perkongsian ibu saudara mangsa, Fareedah Mat Shat di facebook, Amiera Zulaikha, 6 tahun dijemput ibunya dari sekolah dengan menaiki motosikal.

Ketika dalam perjalanan pulang, Amiera dipercayai tertidur sebelum dia terjatuh dari motosikal dan menyebabkan dia mengalami pendarahan yang banyak, keluar melalui mulut, telinga dan hidung kanak-kanak itu.

“Masuk darah 9 beg. Kelmarin buat pembedahan baiki rahang. Tapi masih belum sedarkan diri dari koma dan bergantung kepada bantuan mesin oksigen. Tapi hari ini doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah. “

“Pagi tadi doktor nak cabut wayar oksigen tetapi ibu dan ayah dia tak bagi, tunggu dulu. Kalau cabut, dia akan tinggalkan kami semua. Sekarang ada di ICU Hospital Kajang. “

52331981 2514545588587156 7668263008602161152 N

Fareedah pada masa sama meminta doa seluruh rakyat Malaysia supaya Amiera diberi kesembuhan seperti sediakala.

“Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun”

Katanya, doktor ada maklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak mempunyai harapan untuk sembuh kerana…

“Mohon doakan kesembuhan buat Amiera Zulaikha. Keadaannya masih tidak stabil. Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun,”

Sementara itu, ibu mangsa Amereza Zaameer melalui Facebooknya turut meminta orang ramai mendoakan agar anaknya pulih kembali.

Malah beliau turut reda dengan apa jua ketentuan Yang Maha Esa sekiranya sudah ditentukan di Luh Mahfuz Allah.

Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah. Terima kasih Ika atas kenangan terindah Ika bersama kami. REhatlah Ika, Umie dan Abie sayang Ika Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, di facebook wanita itu sebentar tadi ramai yang mengucapkan takziah selain meminta wanita itu untuk kuat dan tabah menerima berita pemergian anak perempuannya yang tercinta.

1 8

2 9

4 6

Alfatihah, semoga adik Amiera Zulaikha ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amin

Baca : Ini gaji terakhir kak long boleh beri ibu.. Kisah Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Menyayat Hati.

Kaklong

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Iz
Lagi tulisan Iz
Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah..” – Luahan Sayu Ibu Kanak-kanak Perempuan Yang Maut Selepas Terjatuh Motor Sebab Tertidur
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kesayangan-umie-amiera-zulaikha-kalau-ika-penat-rehatlah-luahan-sayu-ibu-kanak-kanak-perempuan-yang-maut-selepas-terjatuh-motor-sebab-tertidur/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM