in

Troli Punca Virus HFMD!

161103015836 Keluarga1Kokoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, virus tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah menular dengan bahayanya di Malaysia . Lebih 2,000 kanak-kanak dilaporkan menghidapinya semenjak Januari tahun ini (2018). Virus HFMD dikatakan paling teruk berleluasa di Penang dan kebanyakan sekolah jugak dilaporkan telah ditutup sebab penularan wabak ni.


Seperti yang ramai tahu, penyakit ni memang cepat berjangkit di kalangan kanak-kanak melalui hingus, air liur, najis dan cecair daripada lepuh orang yang dijangkiti. Antara gejala yang dialami pesakit HFMD ialah demam, sakit tekak, ulser mulut, ruam dan kelesuan.

Cara Cepat Atasi Hfmd Anak 770X507 E1532399306134
sumber: wob

Tapi lepas pelbagai kajian dibuat, pihak kesihatan dah buat conclusion rupa-rupanya penyakit HFMD di Penang ni menular disebabkan troli dekat supermarket yang dikesan ada virus tu, lapor The Star. Oh no! Kalau korang nak tahu orang dewasa pun boleh kena HFMD tau!

Ia didapati bahawa virus HFMD paling banyak berkumpul pada pemegang troli dan kenderaan yang dinaiki kanak-kanak semasa di dalam pasar raya. Malah sejak minggu lepas lagi, Jabatan Kesihatan Negeri telah meminta shopping mall dekat Penang membersihkan troli, kenderaan kanak-kanak dan tempat duduk awam mereka.

P3 Pgmain 3A 2407 Pkk2 1
sumber: wob

Mujurlah atas tindakan pantas ni, bilangan kes HFMD di kalangan kanak-kanak di kawasan utara bandar Penang dan menurun selama tiga hari berturut-turut.

“Kami mencatatkan 78 kes pada hari Rabu, kemudian 52 dan 51 kes pada hari Khamis dan Jumaat,” kata Dr Afif Bahardin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri.

“Macam manapun, bilangan kumulatif kes ini masih lagi tinggi dengan 2,341 kes untuk tahun ni kalau dibandingkan dengan 1,099 kes pada tahun 2017 dalam tempoh waktu yang sama.” 

Tambah Dr. Afif, hampir 30 premis kini masih ditutup semenjak penularan wabak pada awal bulan ni termasuklah 10 tadika, 7 nurseri, 6 sekolah rendah, 6 pra sekolah dan sebuah pusat jagaan.

Antara sekolah yang masih ditutup ialah SK Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1, SK Saujana Indah, SJKC Moh Ghee Pusat, SJKC Beng Teik dan SJKC Kwang Hwa.

Canteen2 E1532399704712
sumber: wob

Setakat ini 9 orang mangsa dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital.

Mengulas tentang dakwaan dalam media sosial yang kononnya ada mangsa meninggal dunia disebabkan HFMD, Dr. Afif beritahu yang tak ada sebarang pengesahan mengenai isu tu dan sekarang beliau sedang tunggu confirmation daripada Jabatan Kesihatan.

Tak dapat bayanglah berapa ramai yang dah pegang troli yang dijangkiti virus tu setiap hari! Patutlah penyakit ni senang merebak…

Baca: Henti Sebar Spekulasi! Dr Amalina Terangkan Milo Bukan Punca Penyakit Sinus Tapi…

Milo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.