in

Henti Sebar Spekulasi! Dr Amalina Terangkan Milo Bukan Punca Penyakit Sinus Tapi….

Sinussssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kebanyakan dari korang mesti dah baca posting viral dua tiga hari lepas di media sosial mengenai bahaya minum Milo kerana ia boleh menyebabkan sinus!


Menurut posting yang viral di Twitter tu, mangsa dikatakan mengalami sinus teruk sehingga hidungnya bengkok, pernafasan tertutup dan alami jangkitan kuman yang mampu merebak ke otak gara-gara minum Milo. Disebabkan berita ni tersebar, ramai orang jadi panik sampai boikot tak minum minuman paling femes kat Malaysia ni! Adoi!

Dbba2Yzuwaa1Z Z
sumber: twitter

Milo tak sebabkan sinus!

Pun begitu, betul ke bahaya minum Milo ni? Bagi menjawab persoalan korang, Dr Amalina Bakri tampil beri penjelasan ringkas kat Twitter peribadinya. Ini apa yang Dr Amalina jawab.

“Milo TAK menyebabkan sinus. Tapi minum Milo dengan berpada-pada kalau anda nak minum. Terlalu banyak gula pun tak baik untuk anda.” 

Screen Shot 2018 04 23 At 4.25.49 Pm
sumber: twitter

Tambah Dr Amalina di dalam tweetnya, tiada masalah bagi sesiapa yang menggemari Milo untuk mengambil minuman tersebut. Namun apa yang lebih penting, pengguna haruslah bijak kawal pengambilan minuman manis macam tu dan amalkan diet yang seimbang dengan makan buah-buahan segar, sayuran dan bersenam selalu! Kan…

Sinus disebabkan kuman bukan Milo

Menyokong statement yang dikeluarkan Dr Amalina, seorang lagi pakar yang jugak terkenal di Twitter, Dr Beni Rusani menjelaskan bahawa Milo bukanlah punca utama sinus. Malah penyakit sinus jugak memang tak ada kena mengena dengan Milo. Sinus selalunya berpunca daripada jangkitan kuman. Oh macam tu! 

Screen Shot 2018 04 23 At 4.30.37 Pm
sumber: twitter
Screen Shot 2018 04 23 At 4.30.01 Pm
sumber: twitter

Tambah Dr Beni lagi, kemungkinan besar apa yang disampaikan doktor pesakit tu betul tapi pesakit dan orang ramai pulak salah anggap dengan posting yang tersebar luas tu. Ish, ish, ish! 

Milo jelaskan spekulasi

Sementara tu, pihak Milo Malaysia yang sedar akan penyebaran spekulasi tu dah buat kenyataan rasmi di Facebook dan menafikan dakwaan tersebut. Milo menjelaskan bahawa minuman berperisa koko dan malt ni memang selamat untuk diminum dan meminta pengguna untuk semak dulu informasi lanjut sebelum sebar berita yang boleh merugikan banyak pihak.

1 1 2
sumber: blog

Jadi sekarang korang takyah lah panik atau berteka-teki lagi. Memang sah Milo tak bahaya dan bukan jadi punca kepada sinus. Diharapkan jugak janganlah ada pihak yang tokok tambah isu ni dengan informasi tak berasas. Yang penting, jangan ambil apa-apa minuman manis berlebihan.

Kesian, tak pasal-pasal Milo pulak dipersalahkan.  

Baca: Anda Akan Fikir Dua Kali Nak Makan Strawberi Lepas Baca Ni

Straw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.