in

Tipu Mak Ayah Sebab Nak Minta Duit Lebih

6A47 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak jenis apa ni?


Lepas dah habiskan kesemua duit RM2,000 kat sebuah bar di Chiang Mai dalam satu malam, The Star melaporkan seorang lelaki Malaysia membuat satu aduan polis mengatakan yang dia dah kena rompak.

Lelaki berusia 20 tahun dikenali sebagai Pravin Krishnan tu dikatakan membuat laporan kepada polis Muang menceritakan bagaimana dia kena rompak dengan lelaki Mat Saleh berjanggut blonde dan bersenjatakan pisau.

6A47
sumber: the star

Menurut sumber polis Chiang Mai, jejaka berkenaan tiba berseorangan kat bandar tu pada Khamis yang lalu. Polis bertindak menyiasat kes tu cepat-cepat dengan menyoal siasat penduduk berdekatan dan pengawal keselamatan kat situ. Pun begitu, keputusan soal siasat ‘jenayah’ tu tak membuahkan hasil. 

Then Pravin mengaku yang dia reka cerita pasal kes rompakan lepas pihak polis cakap tiada sebarang bukti rompakan dijumpai kat tempat kejadian. Rupa-rupanya dia tipu pasal ‘rompakan’ tu sebab nak mintak duit lebih kat bapa dia tapi tak berani nak cakap duit sebelum ni dah habis buat joli. Aikkk apa ni?

F8B2

Jika disabitkan kesalahan, Pravin boleh dipenjarakan selama tiga tahun dan denda 10,000 Baht (RM1,250). Hukuman boleh ditangguhkan atas budi bicara hakim. Dah la buat laporan polis palsu, Pravin juga dikatakan cuba nak rasuah pihak berkuasa supaya gugurkan kes tu.

“Orang Malaysia ni ingat benda ni lawak ke, tawarkan bayaran untuk kami lupakan kes. Kat sini bukan macam tu,” kata pihak berkuasa tu.

“Cuba bayangkan ada lelaki yang dituduh merompak seseorang tapi dia tak buat. Mungkin orang tu akan habiskan sepanjang hidup dia meringkuk dalam penjara.”

Pravin tidak dibenarkan ikat jamin dan berada di bawah tahanan sehingga sesi mahkamah seterusnya. Bapa Pravin juga katanya dah sampai kat Chiang Mai beberapa lepas.

Habislah nanti ayah marah…

Baca: Tipu Tunang Mati?

Saasas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.