Setiap bakal pengantin ada ragamnya sendiri. Maklumlah bukannya selalu dapat jadi raja sehari kan. Tapi kadang-kadang ragam mereka boleh menguji tahap kesabaran orang lain yang terlibat seperti pendandan rambut.
Minta refund lepas kematian tunang
Melalui akaun Twitter Arisha Rozaidee, dia menceritakan rakannya, Amy yang merupakan seorang hairdresser terpaksa hadap dengan ragam kliennya ini yang meminta semula deposit kerana tunang meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, apabila Amy meminta sijil kematian sebagai bukti dan tujuan dokumentasi, klien itu terus sentap! Katanya tidak pernah ada black and white mengatakan kena menunjukkan surat kematian dalam kes ni untuk mendapat semula refund yang berjumlah RM50.
Amy tak pernah menolak nak bagi refund
Tapi yang peliknya Amy tidak pernah menidakkan untuk memulang deposit. Dia hanya meminta surat kematian tunangnya sebelum membuat refund.
Takde tuduh menipu kematian tunang pun
Yang peliknya, Amy tak ada pun tuduh kliennya tu menipu tentang kematian tunangnya. Tapi nampaknya, klien tu sendiri yang anggap macam tu. Siap ugut Amy pulak tu!
Peperangan di Whatsapp antara mereka tidak habis begitu sahaja, sebab klien siap menghantar screenshot perbualannya dengan bakal mertua untuk meminta sijil kematian arwah sebagai bukti.
Tipu ke?
Tapi di instastory klien berkenaan ada screenshot perbualan dengan kakaknya di Whatsapp yang bila dilihat dengan teliti, mempunyai profile picture yang sama dengan mak arwah tunangnya. Sebab itu Arisha mengesyaki yang klien tersebut dengan sengaja menukar nama contact untuk memperdaya Amy kononnya tunangnya dah meninggal.
Minta rambut didandan pulak
Drama ni tak habis macam tu je tau sebab bila dia tak dapat kemukakan sijil kematian tunangnya, klien tersebut meminta Amy untuk mendandan rambutnya juga sehingga dia puas hati.
Oh ye, klien tu siap hantar voice note menyuruh Amy buat rambutnya dan siap kutuk hasil kerjanya yang lalu. Eh? Tapi dia yang pilih perkhidmatan Amy….
Haih… Drama sungguh klien hanya disebabkan deposit RM50. Apa-apa pun, kita tak tahu sebenarnya betul atau tidak yang tunangnya dah meninggal. Tapi kalau betul pun kenapa perlu tak beradab kan?
Apa nak jadilahhh….
Baca: “Menyampah tengok orang kaya terima segala jenis bantuan”