Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan seorang individu lelaki yang didakwa peminat kepada penyanyi Odda atau nama penuhnya Auddra Zulkifli yang juga anak kepada pelakon terkenal, Sharifah Shahirah.
Dalam salah satu video, lelaki itu dilihat meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat berjumpa dengan Odda dan mengaku dirinya sebagai ‘kekasih Odda’.
Malah dalam satu video lain, dapat dilihat lelaki berkenaan juga pernah berjumpa Odda di majlis lain dan bergambar dengannya beberapa kali.

Susulan tersebarnya video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang akan keselamatan Odda dan berharap penyanyi itu mengambil khidmat ‘bodyguard’ bagi menjaga dirinya yang kini seorang public figure.

Artikel berkaitan: Undang Kontroversi Menari Dukung Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Saya dah bertemu wakil syarikat itu” – Fahmi Fadzil Arah MCMC Siasat Kes ‘Stalker’ Khairul Aming
Sharifah Sakinah bersuara?
Dalam pada itu, ibu saudara kepada Odda, pelakon Sharifah Sakinah dilihat memuat naik hantaran dengan repost sebuah video yang memaparkan individu terbabit di laman Threads.
Seakan tidak berpuas hati dengan rakaman individu berkenaan, Sharifah Sakinah berkata,
Mana dia ni? Mak cik dia kau nak tak? Meh sini aku tengah shooting dekat Jenjarom.”

Sementara itu, penyanyi Fynn Jamal juga ada memuat naik hantaran memberi penjelasan mengenai individu yang diperkatakan ramai itu dengan mengatakan bahawa lelaki itu tidaklah berbahaya dan juga didakwa seorang OKU.
Menurut Fynn, ramai yang salah faham dengan individu berkenaan dan lelaki itu hanya datang untuk bergambar sahaja.
Kesiankanlah dia. Dia lahir macam tu. Dia tak faham normal itu apa. Tanya orang-orang lama dekat booth, kat event. Yang ada artis, area KL. InsyaAllah pernah nampak or kenal dia,” katanya.
Sumber: Threads
