in

Tiga Tahun Jadi Pensyarah Dengan Gaji Hampir RM200,000, Lelaki Rupanya Guna Sijil PhD Palsu

Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencari pekerjaan pada zaman ini bukan sesuatu yang mudah. Ada yang sanggup berhempas pulas menyambung pelajaran semata-mata demi mendapatkan kelayakan yang lebih tinggi agar dapat memohon pekerjaan yang lebih baik. Namun, ada segelintir individu tidak bertanggungjawab yang tergamak menipu kelayakan yang dimiliki demi kepentingan diri.


Menurut The Malaysian Insight, seorang lelaki dari Bayan Lepas, Pulau Pinang telah didakwa atas tuduhan menipu majikannya di Universiti Sains Malaysia apabila menggunakan sijil akademik palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pensyarah 10 tahun yang lalu.

Cap1
sumber: nst

Tindakan lelaki dikenali sebagai N. Thevananthan itu akhirnya terbongkar setelah tiga tahun bekerja menjadi pensyarah di pusat pengajian tinggi tersebut. Berikutan itu, Thevananthan menerima dua tuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 466/471 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, lelaki berusia 51 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca ke atasnya di mahkamah Majistret Pulau Pinang semalam.

Telah menerima bayaran gaji sebanyak RM195,081 sepanjang tempoh bekerja, Thevananthan menggunakan sijil PhD palsu kononnya dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat dan Ijazah Kedoktoran Neurosains palsu dari Universiti Toronto, Kanada.

Msqw7Iak
sumber: mstar

Difahamkan, pihak USM meminta Thevananthan memberikan penjelasan berhubung hal berkenaan sejurus selepas mengetahui hal tersebut. Namun, Thevananthan tiba-tiba menghantar notis 24 jam untuk berhenti kerja. Hal itu menyebabkan pihak pengurusan melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Jaafar manakala Thevananthan diwakili peguam M. Athimulan. Majistret L Umma Devi menetapkan wang jaminan sebanyak RM17,500 bagi kedua-dua pertuduhan.

Cap3
sumber: the malay mail

Haih apelah nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni. Lelaki ni sampai sanggup tipu kelayakan akademik sendiri demi nak dapatkan kerja. Korang pernah jumpa orang macam ni? Share sikit kat ruangan komen.

Baca: Lelaki Menyamar Jadi Doktor Bertauliah di Hospital Sultanah Bahiyah Selama Setahun

Sue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.