in

Lelaki Menyamar Jadi Doktor Bertauliah di Hospital Sultanah Bahiyah Selama Setahun

Doktor Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan sudah berapa ramai orang ditipu dan mempercayai bahawa lelaki ini merupakan seorang doktor bertauliah?

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30an akhirnya ditangkap selepas selama setahun menyamar sebagai seorang doktor dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Dr Ridzuan’ di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.


Hospital 1
gambar hiasan

Menurut The Star, doktor palsu itu telah memperdaya kakitangan hospital selama 12 bulan kerana berpakaian kemas termasuk bertali leher sama seperti penampilan seorang doktor.

Bagi menambahkan keyakinan orang ramai, lelaki itu akan sentiasa menggantungkan stetoskop di lehernya sambil berjalan di sekitar kawasan hospital. Difahamkan, ‘Dr Ridzuan’ itu sering dilihat berlegar-legar di ruangan Unit Kecemasan atau Klinik Pakar.

Stetoskop1
gambar hiasan

Beberapa kakitangan hospital malah pernah ternampak doktor palsu itu memarahi tukang cuci kerana tidak melakukan tugas mereka dengan sempurna tanpa tukang cuci berkenaan mengesyaki apa-apa.

Kegiatan doktor palsu itu akhirnya terbongkar apabila seorang doktor kanan mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada Isnin lalu. Doktor kanan itu kemudian memeriksa rekod hospital dan mendapati bahawa tiada doktor dengan nama ‘Dr Ridzuan’ yang bekerja di hospital berkenaan.

Seorang individu yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa doktor palsu itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan pada jam 9 pagi sebelum diserahkan kepada doktor yang bertugas untuk tindakan selanjutnya. Padan muka!

Doktor Ditahan
gambar hiasan

“Dia dilepaskan selepas beberapa lama ditahan. Semua orang di sini menyangka dia merupakan doktor di salah satu jabatan. Sejak setahun yang lalu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr Ridzuan apabila kami menegurnya di hospital.”

“Kebiasaannya, kami akan menjumpainya berlegar-legar di sekitar Unit Kecemasan, Klinik pakar dan di lobi dalam sekali seminggu. Lebih kurang dua bulan yang lalu, seorang doktor kanan mula mengesyakinya dan mengatakan bahawa dia mungkin seorang penyamar,” kata pekerja itu.

Pekerja tersebut turut berkata bahawa ‘Dr Ridzuan’ itu tidak pernah melawat mana-mana pesakit ketika membuat ‘lawatan’ di sekitar hospital. Apa motif dia berlegar tanpa tujuan dekat hospital? 

Timbalan Pesuruhjaya Daerah Kota Setar Supt Yazri Ismail mengesahkan kejadian tersebut tetapi berkata mereka masih belum menerima apa-apa laporan polis berhubung kejadian itu.

Rasanya hospital dah boleh memperketatkan kawalan supaya kejadian sebegini dapat dielakkan. Mungkin ada lagi doktor palsu di hospital itu atau mana-mana hospital yang lain. Siapa tahu kan?

Baca: ‘Doktor’ Gila Seks Perdaya Tiga Wanita Mengandung Melakukan Perbuatan Lucah Untuk Puaskan Nafsunya

Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.