in

Tiga Minggu Selepas Adakan ‘Wedding of The Year’, Atta Halilintar Disahkan Positif Covid-19 Buat Kali Kedua

Ft Atta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Youtuber popular Indonesia, Atta Halilintar disahkan positif Covid-19 hanya selepas tiga minggu mengadakan majlis kahwin mewah bersama isteri, Aurel Hermansyah.


Melalui Instagram, Atta berkongsi berita itu semalam dan berkata dia terkejut apabila disahkan positif virus tersebut buat kali kedua. Menantu Kris Dayanti itu dijangkiti Covid-19 kali pertama sebelum melangsungkan pernikahan mereka.

YA ALLAH ? 🙁 Shock!! aku Positif C0V1D-19 lagi untuk kedua kalinya..setelah swab test untuk besok Kerja terbang ke Solo.. ternyata hasilnya positif..”

Kata Atta lagi, pada mulanya Aurel yang tak sedap badan membuatkan dia menyangka isterinya itu yang dijangkiti. Namun, selepas menjalani ujian swab PCR ternyata dia yang positif manakala Aurel pula kini sedang menunggu keputusan ujian yang belum keluar.

Aurel menjalani kuarantin sendiri dan berasingan dengan Atta serta tidak dibenarkan ke mana-mana selama lima hari untuk melihat perkembangan. Selain itu, pasangan ini turut meminta mana-mana individu yang berjumpa dengan mereka untuk segera menjalani ujian swab.

Sebelum ini, majlis mewah mereka berdua menjadi kontroversi apabila Presiden Joko Widodo hadir sebagai saksi pernikahan. Meskipun pengantin dan tetamu dilihat memakai pelitup muka sepanjang masa, namun netizen mengkritik tentang isu double standard yang berlaku di negara itu.

Baca: “Terima kasih udah tunjukin posisi keadilan di negeri ini” – Rupanya Rakyat Indo Bengang Jokowi Datang Majlis Kahwin Selebriti

Ft Jokowi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.