in

“Terima kasih udah tunjukin posisi keadilan di negeri ini” – Rupanya Rakyat Indo Bengang Jokowi Datang Majlis Kahwin Selebriti

Ft Jokowi

Rakyat Indonesia kini tertanya-tanya adakah undang-undang sama adil tidak kira pangkat dan status seseorang itu. Apatah lagi, semalam Presiden Joko Widodo telah hadir menjadi saksi pernikahan selebriti Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.

Ramai netizen yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Jokowi yang hadir ke majlis perkahwinan anak Kris Dayanti dan Anang itu ketika pandemik ini.

 

Kalau rakyat biasa susah dapat approval…

Rata-ratanya tidak berpuas hati kerana berlakunya double standard antara selebriti atau seseorang yang berpengaruh dengan rakyat biasa. Menurut mereka, rakyat baisa menghadapi kesukaran untuk memohon kelulusan mengadakan majlis namun selebriti pula diraikan dalam majlis mewah, dihadiri pemimpin negara pula tu.

Ada netizen yang muat naik semula sebuah video yang pernah viral di Indonesia menunjukkan pihak berkuasa memarahi seorang lelaki dipercayai tuan rumah sebuah majlis perkahwinan.

 

Bukan itu saja, seorang individu juga turut memuat naik kepilan beberapa screenshot berita-berita yang menceritakan tentang majlis resepsi yang diarahkan untuk dibubarkan oleh pihak polis tempatan.

Ahli muzik, Fiersa Besari berkata kedatangan Jokowi ke majlis perkahwinan tersebut membuktikan bagaimana undang-undang di Indonesia (double standard).

Sop1

Sounds familiar. Hmmm

Baca: “Pengantin siap face shield lagi” – Netizen Bandingkan Wedding Anak Kris Dayanti Dengan Artis Malaysia Sebab…

Ft Aurelie

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter