Ramai Lega KJ Umum Lepas Ini Status Kasual Kontak Dah Tak Tukar Kuning, Hanya Dapat Notifikasi

Jadikan sumber pilihan di Google
Ramai Lega KJ Umum Lepas Ini Status Kasual Kontak Dah Tak Tukar Kuning, Hanya Dapat Notifikasi

Bila kes positif Covid-19 di negara kita makin meningkat naik sejak kebelakangan ni, memang tak dinafikan status risiko kasual kontak di aplikasi MySejahtera mudah sahaja bertukar walaupun tidak tahu dari mana asalnya.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) membuat pengumuman di akaun Twitter rasminya @KhairyKJ bahawa bermula hari ini status risiko kasual kontak tidak akan lagi bertukar kepada kuning.


Sebaliknya, orang ramai akan menerima notifikasi sebagai pemberitahuan tentang kasual kontak jika dikesan dengan kes positif Covid-19 dan hanya perlu mengasingkan diri serta lakukan ujian sekiranya bergejala.

Kasual KontakSumber: Gambar Hiasan

“As it should. Kalau tak, memang takkan biru la”

Pengumuman yang dibuat oleh KJ itu nyata melegakan ramai orang kerana rata-rata menyifatkan bahawa penambahbaikan itu dapat menghilangkan kerisauan mereka tentang kasual kontak yang tidak tahu dari mana datangnya.

“Nasib baik, kalau tak, tak pasal2 anxiety kejap2 tukar jadi kuning, kejap2 tukar jadi kuning.” – Komen netizen

Twt Full

Sebelum ini, kalau korang daftar masuk MySejahtera dan ia mengesan pendedahan pengguna kepada kes Covid-19, status tersebut akan bertukar kepada warna kuning sebagai tanda Hubungan Kasual Tanpa Gejala.

Fuh, lega rasanya… Min pun sama juga, tak sempat tukar biru, dia stay je kuning sebelum ni… Apa-apa pun stay stafe dan jaga SOP okay?

Baca: TERKINI : Kontak Rapat Tak Bergejala Yang Ada Dos Penggalak Tak Perlu Kuarantin Kendiri Bermula 1 Mac – KJ

Untitled 2

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ramai Lega KJ Umum Lepas Ini Status Kasual Kontak Dah Tak Tukar Kuning, Hanya Dapat Notifikasi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ramai-lega-kj-umum-lepas-ini-status-kasual-kontak-dah-tak-tukar-kuning-hanya-dapat-notifikasi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen