Tegur Pengacara Gelaran Haji Anak Tak Disebut, Netizen Dakwa Ibu & Bapa Atta Halilintar ‘Gila Gelaran’

Tambah ke Sumber Pilihan
Tegur Pengacara Gelaran Haji Anak Tak Disebut, Netizen Dakwa Ibu & Bapa Atta Halilintar ‘Gila Gelaran’

Menjadi satu kebiasaan, mereka yang pulang selepas menunaikan rukun Islam kelima akan diberi gelaran Haji dan Hajjah.

Namun, bukan satu ketetapan dan tidak menjadi kesalahan apabila seseorang itu tidak menggunakan gelaran Haji dan Hajjah. Tapi, ada segelintir individu akan menitikberatkan mengenai gelaran ini.


Tular sebuah klip video dalam majlis pertunangan adik kepada selebriti Indonesia, Atta Halilintar iaitu Thariq Halilintar mengenai ibu bapa mereka.

Artikel berkaitan: “Tajuk misleading” – YouTuber Indonesia, Atta Halilintar & Isteri Dikecam Lepas Kongsi Video ‘Malam Pertama’

Artikel berkaitan: “Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji

Snapinsta.app 448826607 18441541612011128 3328639049942117353 N 1080

Dalam video klip itu, bapa Atta iaitu Anofial Asmid menegur pengacara majlis agar memanggil Atta dengan gelaran Haji memandangkan anaknya baru pulang dari mengerjakan haji.

Insiden itu berlaku ketika pengacara memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar tunangnya.

“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya,” kata pengacara majlis.

Anofial kemudian memperbetulkan pengacara majlis dengan menekankan penggunaan Haji sebelum pengacara meminta maaf dan menyebut semula nama Atta dengan gelaran Haji.

Dalam video klip itu juga, ibu Atta iaitu Geni Faruk juga menegur dengan memberitahu Thariq juga mempunyai gelaran Haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.

“Tadi sebut-sebut haji teringat Thariq juga sudah haji. Saya dan suami pernah bawa dia tunai haji sebaik habis pantang melahirkannya, usia dua bulan. Jadi dia juga sudah haji, Haji Thariq,” katanya.

Tingkah laku Anofial dan Geni telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mengkritik dan menyifatkan ibu bapa Atta seperti ‘gila gelaran’.

Malah, ada juga yang menegur Thariq tidak layak digelar haji kerana tidak menepati syarat wajib iaitu baligh.

Sumber: Gempak, TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tegur Pengacara Gelaran Haji Anak Tak Disebut, Netizen Dakwa Ibu & Bapa Atta Halilintar ‘Gila Gelaran’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tegur-pengacara-gelaran-haji-anak-tak-disebut-netizen-dakwa-ibu-bapa-atta-halilintar-gila-gelaran/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM