“Bila guna yang kiri kata negative” – Individu Kongsi Alat Self Test Kit Yang Accurate

Tambah ke Sumber Pilihan
“Bila guna yang kiri kata negative” – Individu Kongsi Alat Self Test Kit Yang Accurate

Sumber: Gambar Hiasan

Di media sosial, kita akan lihat ramai yang akan kongsikan beza keputusan yang dilakukan ketika membuat ujian kendiri dengan ujian saringan di klinik.

Menurut segelintir orang, ada yang ketika buat ujian kendiri, mereka dapati keputusan negatif, tetapi rupa-rupanya positif ketika buat ujian saringan.


Ia sekaligus pasti akan membuatkan kita rasa was-was bila nak gunakan self test kit  kan? Oleh itu, individu yang dikenali sebagai Dr Muiz Murad ada kongsikan beberapa jenis alat ujian kendiri yang accurate untuk kita semua.

“My doc friend punya patients ramai -ve bila guna yang kiri but +ve bila guna kanan & buat PCR.”

Perkongsian itu dibuat setelah ada salah seorang netizen di Twitter sedang buntu ketika ingin membeli set ujian RTK secara online sama ada jenis saliva atau nasal swab.

Oleh sebab itu, Dr Muiz Murad terpanggil untuk kongsikan jenis-jenis alat ujian kendiri Covid-19 ini yang dia peroleh daripada rakannya.

Dengan perkongsiannya yang kini telah meraih lebih daripada 5,400 jumlah retweets dalam masa 22 jam ini, ramai netizen kongsikan pengalaman mereka menggunakan salah satu jenis yang berada di bahagian kiri itu.

Hasilnya. jadilah seperti yang diperkatakan tadi, masa buat sendiri negatif bila PCR jadi positif dan ada juga sebaliknya, masa buat sendiri positif, bila PCR negatif.

Self Tes Kit Yang Accurate Self Tes Kit Yang Accurate 2 Self Tes Kit Yang Accurate 3 Self Tes Kit Yang Accurate 4 Self Tes Kit Yang Accurate 5

Kesimpulannya adalah, ada yang beranggapan bahawa kita kena ada beberapa jenis alat ujian kendiri di rumah untuk mendapatkan keputusan yang sebaiknya. Namun, dinasihatkan perlu juga melakukan ujian saringan jika ada sebarang gejala.

Baca : JANGAN Buat 4 Benda Ni Sejam Sebelum Lakukan Ujian Guna COVID 19 Self Test Kit

Collage 9

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bila guna yang kiri kata negative” – Individu Kongsi Alat Self Test Kit Yang Accurate
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bila-guna-yang-kiri-kata-negative-individu-kongsi-alat-self-test-kit-yang-accurate/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM