in

Tiga Hari Makan Biskut Lepas ‘Terputus’ Bekalan Beras, Ibu Tunggal Dapat Bantuan Hasil #BenderaPutih

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tiga hari hidup hanya bergantung dengan makan biskut kering, ibu tunggal di Kelantan ini akhirnya membuat keputusan untuk kibarkan bendera putih di hadapan rumahnya sebagai tanda dia memerlukan bantuan.


Menurut FMT, Rohayah Che Samah mengatakan duit simpanannya telah pun habis dipakai malah dia telah terputus bekalan beras sejak tiga hari lalu.

Rohayah yang tinggal bersama anak bongsunya berusia 14 tahun ini telah makan biskut dan kek yang diberikan oleh jiran-jirannya.

Rohayah Che Samah Bernama 300621 672X420 1

Saya pasang bendera putih lepas adik perempuan saya suruh kerana saya sering mengadu masalah kepadanya.

Saya sebenarnya tak tahu pasal bendera putih untk minta bantuan. Saya bersyukur lepas saya kibar bendera putih, orang datang beri bantuan kepada saya.”

Rohayah dan anaknya Amalina hanya tinggal di rumah kecil berukuran 300 kaki persegi yang di sewakan di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa.

Ibu kepada enam orang anak ini mengatakan yang dia mempunyai masalah kewangan kerana dia hanya bergantung kepada pendapatan kecilnya menjual lukisan batik berharga RM2 sehelai.

Paling banyak saya dapat sehari adalah dengan melukis tujuh helai batik. Tapi sekarang saya tak cukup bahan sejak PKP diadakan.

Anak-anak saya yang lain di Kuala Lumpur tak boleh nak tanggung saya kerana mereka hanya kerja biasa dan pendapatan mereka juga terkesan akibat pandemik ini.”

Alhamdulillah, ye lah dalam rezeki kita ada rezeki orang lain jugak. Sama-samalah kita membantu orang yang tengah dalam kesusahan sekarang ni.

 

Baca: Kibar Bendera Putih, Lelaki Tak Sangka Warganet Sanggup Bayar Sewa Rumah & Ansuran Kereta Tertunggak

Minta Bantuan Kibar Bendera

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.