“Tidak sangka anak pergi begitu saja” – Pernah Viral Beri Pesanan Patuh SOP, Adik Aming Meninggal Dunia

Jadikan sumber pilihan di Google
“Tidak sangka anak pergi begitu saja” – Pernah Viral Beri Pesanan Patuh SOP, Adik Aming Meninggal Dunia

Kanak-kanak yang pernah viral suatu masa dulu menerusi beberapa video yang petah berkata-kata dalam memberi nasihat, Muhd Aming dilaporkan meninggal dunia hari ini (Khamis) di kediamannya di Tawau, Sabah.

Menurut Sinar Harian, Aming atau nama penuhnya Muhammad Aming Salleh Abdullah yang berusia lapan tahun ini meninggal dunia akibat sesak nafas pada jam kira-kira 1.30 pagi.


240370466 4232649070146425 3802939893916284607 NSumber: Facebook

Perkara ini juga telah disahkan ibunya, Santi Sabri, 33, yang turut memberitahu anaknya itu tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum beberapa ketika meninggal dunia.

Anaknya sebelum ini juga dilaporkan sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti wabak COVID 19.

Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit.

“Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat,” jelas ibunya.

 

Sempat berpesan kepada ibu sebelum ‘pergi’

Tambah Santi lagi, anak bongsunya itu sempat meninggalkan pesanan supaya ibunya menutup aurat dengan sempurna.

“Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa.

“Saya tidak sangka anak saya pergi begitu saja, sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya,” luahnya sedih.

234798113 2116941461795035 339481893854483414 NSumber: Facebook

Jenazah Aming dikhabarkan akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai urusan jenazah.

Sebelum ini, video Aming juga pernah dimuat naik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi Menteri Kanan (Keselamatan) di Facebook berkaitan pesanan supaya mengikuti SOP pandemik.

 

Al Fatihah… Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Moga-moga keluarga adik Aming juga tabah hadapi dugaan ini.

Baca: “Sempat baca 2 kali syahadah” – Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Lepas Ditidurkan Selama 23 Hari

Ft Isteri Badrolshah Meninggal Ditidurkan 23 Hari

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tidak sangka anak pergi begitu saja” – Pernah Viral Beri Pesanan Patuh SOP, Adik Aming Meninggal Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tidak-sangka-anak-pergi-begitu-saja-pernah-viral-beri-pesanan-patuh-sop-adik-aming-meninggal-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen