in

“Orang lain angkat kata accident” – 2 Jam Tunggu Barang Tak Sampai Rupanya ‘Rider’…

Ft Rider Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita memesan makanan atau barang secara dalam talian, kebiasaannya kita akan rasa resah atau tertanya-tanya bila pesanan mengambil masa terlalu lama untuk sampai. Namun, detik cemas yang disangka sekadar kelewatan biasa bertukar menjadi sebuah khabar duka yang meruntun jiwa.

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh pengguna akaun Threads @fathinaleya, wanita ini menceritakan pengalaman pilu apabila dia yang menunggu penghantar pesanan (rider) selama hampir dua jam tanpa sebarang maklum balas.


Artikel berkaitan : Sanggup Belikan Makanan Guna Duit Sendiri & Hantar Ke Wad Jam 3 Pagi, Abang Rider Dipuji

Artikel berkaitan : Dakwa Hilang Kawalan, Pemandu SUV Rempuh ‘Rider’ Hingga M*ut Dibebaskan Atas Faktor Kesihatan

Mesej bertalu-talu tidak berbalas

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dimuat naik, pelanggan berkenaan dilihat mula menghantar mesej bertanyakan keberadaan rider berkenaan seawal jam 11:42 pagi selepas mendapati pesanan tersebut sudah lewat sejam.

Masa terus berlalu sehingga jam 12:32 tengah hari, yang mana dia sekali lagi menghantar mesej kerana melihat lokasi motosikal mangsa di dalam aplikasi peta langsung tidak bergerak.

866062515 17950912179342304 3023241316440089078 N 867836132 17950912203342304 2451296453073671541 N

Rasa curiga dan bimbang akhirnya mendorong rakan kepada pelanggan tersebut untuk membuat panggilan ke nombor telefon rider berkenaan.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut terkejut dan tergamam apabila panggilan tersebut bukan dijawab oleh pemilik telefon, sebaliknya diangkat oleh individu lain di tempat kejadian yang memaklumkan bahawa penghantar pesanan itu telah pun terlibat dalam kemalangan maut.

Screenshot 2026 10 29 114959

Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Helmie bin Muhammad Termizi dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dan pihak sana sedang giat mengesan waris atau ahli keluarga mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, seorang wanita yang mendakwa tunang kepada mangsa telah tampil memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-fatihah kepada arwah.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji kesabaran wanita tersebut kerana sanggup menunggu lama dan cuba membantu mangsa.

Rider Rider 2

 Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.