in

“Sempat baca 2 kali syahadah” – Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Lepas Ditidurkan Selama 23 Hari

Ft Isteri Badrolshah Meninggal Ditidurkan 23 Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri pelakon kerdil Badrol Shah meninggal dunia jam 8.15 pagi tadi akibat positif Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Farah Sheila Mazlan, 37 tahun menghembuskan nafas terakhirnya selepas 23 hari ditidurkan akibat dijangkiti varian Delta pada awal Julai lepas, lapor mStar.


 

“Sempat baca dua kali syahadah”

Pelakon berusia 39 tahun itu berkata dia sempat membacakan dua kali syahadah buat isterinya ketika doktor membuat panggilan video pada jam 8 pagi. Melalui Instagram, Badrol atau nama sebenarnya Badrol Shah Abdul Manan berkongsi berita duka pemergian isterinya itu selepas 45 hari bertarung dengan virus tersebut.

Isteri saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat Covid-19. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi tak pasti lagi akan dikebumikan di mana.”

Status Badrolshah

Mungkin selepas solat Zohor barulah akan dikebumikan jenazah arwah isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalimah syahadah untuk arwah.”

 

“Kali ini saya dan keluarga reda”

Terdahulu, telah berlaku kekeliruan dan salah maklumat di mana isterinya dimaklumkan telah meninggal dunia namun kali ini menurutnya dia sudah reda dengan pemergian Allahyarham.

Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya.”

Berita Harian Metro

Pada 10 Ogos lepas, Badrol dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa isterinya yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur meninggal dunia. Namun, beberapa hari kemudian berlaku kesilapan dan doktor memaklumkan bahawa isterinya masih hidup namun dalam keadaan kritikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos.

Baca: “Petang semalam kata meninggal, malam tadi nazak pula” – Pelakon Trauma Hospital Salah Maklum Isteri Meninggal

Isteri Badrol Shah Masih Belum Meninggal

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.