in

“Jangan tengok tengah malam, jangan tengok sorang” – Filem Seram ‘Megan Is Missing’ Buat Ramai Trauma & Menyesal Lepas Tonton

1299065

Baru-baru ini, filem kontroversi seram yang ditayangkan pada tahun 2011, Megan Is Missing telah menjadi buah mulut netizen selepas ramai pengguna TikTok kongsikan reaksi mereka selepas menonton filem ini.

Sejak filem ini jadi trending balik, ramai mengatakan yang dorang trauma lepas tonton dan ada yang sampai takut nak keluar rumah.

Korang mesti tertanya-tanya apa yang seram sangat tentang filem ni sampai ramai cakap jangan tengok? Cerita ni cerita betul ke?

Saya tengok Megan Is Missing masa saya kecil dulu dan saya nak cakap… SAYA TRAUMA HINGGA BERTAHUN-TAHUN TAK NAK KELUAR RUMAH DAN TAKUT NAK BAGI ADIK-ADIK SAYA KELUAR RUMAH.

Lepas tengok Megan Is Missing, saya tenung dinding dan rasa nak delete semua akaun media sosial dan takkan balik semula.

A 7

“Megan Is Missing” cerita pasal apa?

Megan Is Missing 1

Kalau korang nak tahu, filem ini ditulis dan diarahkan oleh pembuat filem Amerika Syarikat Michael Goi. Filem ini menggunakan style rakaman ditemui (found footage). Macam ala ala filem Quarantine tu.

Megan Is Missing menceritakan tentang kisah dua remaja bersahabat baik dari Hollywood Utara, Megan Stewart yang dilakonkan oleh Rachel Quinn dan Amy Herman yang dilakonkan oleh Amy Perkins.

Selepas Megan mula cerita tentang seorang lelaki yang dia temui online, Megan tiba-tiba hilang dan rakan baiknya Amy cuba untuk menjejakinya.

Walaupun filem ini telah menjalankan pengambaran pada tahun 2006, Michael Goi tak dapat nak cari syarikat yang sanggup untuk tayangkan filem ini hinggalah Anchor Bay Films bersetuju untuk tayangkan pada tahun 2011.

Kenapa filem ini kontroversi?

Meganismissing2011 06 Zpsaa78B466

Megan Is Missing telah pun dilarang secara rasmi di New Zealand selepas Pejabat Klasifikasi Filem dan Sastera negara ini menggambarkan ia sebagai filem “tak boleh diterima”.

Filem ini menunjukkan keganasan seksual dan perbuatan seksual melibatkan remaja yang terlalu melampau. Oleh itu, jika filem ini ditayangkan ia mungkin akan membahayakan orang ramai.”

Tak cukup dengan itu, pengkritik filem ini juga sangat mengkritik gambaran yang dibuat oleh karakter utama, lakonan dari pelakon tak berpengalaman dan terlalu seksualisasikan remaja.

Motif pengarah sememangnya positif – untuk selamatkan nyawa anak-anak muda – tapi ini tak menghalang Megan Is Missing untuk diklasifikasikan sebagai ‘pornografi penyeksaan'”

Megan Is Missing cerita benar?

Rachelquinn2

Tidak. Walaupun filem ini berkisarkan tentang penculikan kanak-kanak yang memang berlaku, Megan Is Missing bukanlah cerita sebenar. Tapi ramai yang menganggap cerita ini betul kerana ia dipasarkan sebagai “based on true story”.

Tapi, walaupun filem ini banyak menerima kritikan, ia menerima sokongan dari Marc Klaas, bapa kepada remaja berusia 12 tahun yang diculik dan dibunuh pada tahun 1993.

Patut tak korang tengok cerita ni?

Perlu tengok atau tak ia terpulang pada korang. Tapi lepas filem ini meraih populariti di TikTok, pengarah Megan Is Missing telah memuat naik sebuah video memberi amaran kepada orang ramai yang mahu menonton filem ini.

Saya dapat mesej dari Amber Perkins, pelakon utama dalam filem saya yang filem ini sedang meletup di TikTok.”

Saya tak dapat nak bagi amaran macam yang saya beri dekat orang lain sebelum tengok Megan Is Missing iaitu: JANGAN tengok filem ni sorang-sorang, JANGAN tengok waktu tengah malam dan bila korang nampak ‘Photo No. 1’ muncul di skrin, korang ada masa empat saat untuk tutup kalau korang dah rasa takut sebelum korang mula nampak benda yang korang tak nak tengok.

Saya minta maaf kepada yang dah tengok filem ini sebelum tahu pasal amaran ni. Untuk yang masih tak tahu sama ada nak tengok atau tak, saya dah beri amaran.”

Kalau dah sampai pengarah dia cakap macam ni, memang betul-betul seram lah kot cerita ni.

Korang boleh tengok trailer Megan Is Missing dekat bawah ni:

Sumber: EW

 

Baca: “Ramai anggap rekaan semata-mata tapi..” – 10 Filem Seram Ini Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Screenshot 2020 11 17 At 2.39.35 Pm

Sumber: EW