Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba sebentar tadi memberitahu yang vaksinasi secara walk-in di Lembah Klang tidak lagi akan diberikan selepas 15 September.
FMT melaporkan, keputusan ini dibuat selepas melihat hanya segelintir sahaja penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksin dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara walk-in juga menerima jumlah kehadiran yang rendah.
Saya nak umumkan yang PPV walk-in di Lembah Klang akan diberhentikan selepas 15 September.”
Namun begitu, Dr Adham mengatakan beberapa Klinik Kesihatan akan mula memberikan vaksin bermula 16 September dan senarai Klinik Kesihatan ini akan diumumkan tak lama lagi.
Manakala di negeri-negeri lain, suntikan vaksin secara walk-in akan tetap diteruskan namun orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa beri tumpuan terhadap pengumuman jabatan kesihatan negeri masing-masing.
Selain itu, Dr Adham turut menasihatkan pelajar pusat pengajian tinggi dan matrikulasi di seluruh negara untuk mendapatkan vaksin.
Ini kerana, seramai 195,000 pelajar (37.5%) di universiti awam dan 51,000 (10.2%) pelajar universiti swasta masih belum menerima vaksin manakala sehingga 7 September, seramai 547,595 pelajar dari universiti awam dan swasta telah pun lengkap divaksinasi.
Baca: Warga Emas Di Lembah Klang Boleh ‘Walk In’ Untuk Vaksin Di PPV Mulai Hari Ini