Warga Emas Di Lembah Klang Boleh ‘Walk In’ Untuk Vaksin Di PPV Mulai Hari Ini

Tambah ke Sumber Pilihan
Warga Emas Di Lembah Klang Boleh ‘Walk In’ Untuk Vaksin Di PPV Mulai Hari Ini

Berita yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang!

Bagi warga emas yang belum menerima temu janji atau yang masih belum mendaftar boleh mendapatkan vaksin secara “walk-in” di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mulai hari ini.


Warga emas di seluruh negara boleh walk-in mulai minggu hadapan

Bagi warga emas yang berada di luar Lembah Klang pula, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengatakan pemberian vaksin secara “walk-in” kepada warga emas ini akan diperluaskan ke seluruh negara mulai minggu hadapan.

Menurut FMT, kerajaan negeri akan diberikan kuasa untuk memutuskan PPV mana yang akan membenarkan pemberian secara “walk-in” ini kepada warga emas.

Negeri akan menentukan PPV mana akan menyediakan ‘walk-in’ kepada warga emas yang belum divaksin.”

Lembah Klang akan alami jangkitan tertinggi dalam masa seminggu

Khairy Jamaluddin Kj Bernama 672X420 1Sumber: FMT

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Khairy Jamaluddin turut mengatakan yang Malaysia masih belum mencapai jangkitan harian tertinggi.

Saya rasa kita akan sampai ke kemuncaknya, Lembah Klang mungkin akan mencapai jangkitan harian tertinggi dalam masa seminggu lagi. Dan harapnya nanti akan ada titik perubahan.”

Untuk pengetahuan korang, sejak Jun lalu, kes harian di Malaysia telah meningkat secara berterusan dan negara kita telah merekodkan lebih 17,000 kes sehari sepanjang minggu lalu dengan rekod tertinggi sebanyak 17,786 kes pada 31 Julai lalu.

Pun begitu, kadar vaksinasi di negara kita juga turut meningkat setiap hari dan harapnya dengan kemudahan “walk-in” yang dibuat oleh kerajaan ini, ia berjaya menggalakkan ramai orang lagi untuk mengambil vaksin dan negara kita boleh mencapai imuniti kelompok tak lama lagi.

Baca: Vaksin ‘Walk-In’ Lembah Klang, Ini Senarai PPV, Syarat, Tarikh & Masa Suntikan

Screenshot 2021 08 02 At 2.11.20 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Warga Emas Di Lembah Klang Boleh ‘Walk In’ Untuk Vaksin Di PPV Mulai Hari Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/warga-emas-di-lembah-klang-boleh-walk-in-untuk-vaksin-di-ppv-mulai-hari-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM