in

“Tiada apa-apa lagi yang tinggal” – Hospital Di Beirut Rosak Teruk Sampai Doktor Terpaksa ‘Reject’ Pesakit

Teruk

Bencana letupan yang menimpa Beirut, Lebanon baru-baru ini bukan sahaja menyebabkan kematian ratusan penduduk, malah ia juga merosakkan infrastruktur penting bandar tersebut termasuklah hospital.

50302

Menurut CBS, beberapa hospital di ibu kota Lebanon itu telah rosak teruk akibat letupan itu sehinggakan pihak hospital terpaksa menolak kemasukan pesakit yang kini terlalu ramai.

Untuk rekod, letupan yang berlaku pada petang Selasa lepas telah meragut 137 nyawa dan ribuan lagi cedera parah.

Lebih menyedihkan, Saint George Hospital yang terletak lebih kurang 2 km daripada tempat kejadian terpaksa merawat pesakit di jalanan disebabkan kerosakan teruk pada hospital mereka.

 

Menurut jururawat Pamela Makhoul, beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital lain selepas mendapat rawatan asas di situ.

“Keadaan di sini ialah satu bencana. Tiada apa-apa lagi yang tinggal,” katanya.

Tambah Pamela lagi, dia juga telah membersihkan hospital tempatnya bekerja itu selama 24 jam, selepas beberapa pesakit dan jururawat seangkatannya meninggal dunia.

Manakala seorang doktor yang bertugas di Bahman Hospital, Dr Hassan Cherry memberitahu bilik kecemasan yang selalunya menempatkan 20 pesakit kini terpaksa menerima hampir 200 pesakit dalam tempoh 3 jam. 

“Semoga Tuhan selamatkan Lebanon. Semua impian saya kini musnah,” kata Dr Hassan.

Semoga mereka terus tabah hadapi dugaan ini.#PrayForLebanon

Baca: Tragedi Letupan Maut Di Beirut : 300 RIBU Orang Hilang Tempat Tinggal, 135 Kematian dan Lebih 5,000 Cedera

1 5

Sumber: Daily Sabah
Sumber: News Beezer