in

Mia Khalifa Nak Jual Spek Mata ‘Famous’ Pada Pembida Tertinggi Untuk Bantu Mangsa Letupan Beirut

Collage 16

Untuk korang yang tak tahu, bekas pelakon filem dewasa, Mia Khalifa ini sebenarnya berasal dari Lebanon.

Oleh itu, sedikit sebanyak, tragedi letupan yang berlaku di Beirut dan telah mengorbankan nyawa seeamai 158 orang serta menyebabkan kecederaan ke atas ribuan penduduk di sana telah memberi kesan kepada pelakon ini.

Disebabkan ini, Mia Khalifa telah membuat keputusan untuk membida sepasang cermin mata famous yang dia gunakan dalam video-videonya di eBay.

1 Ex Pornhub Star Mia Khalifa Auctions Off Infamous Glasses To Raise Beruit Funds

Menurut kapsyen wanita ini, melalui lelongan tersebut, 100% wang jualan tersebut akan diberikan kepada pasukan penyelamat Red Cross Lebanese atas usaha dorang membantu mangsa-mangsa di Beirut.

Saya akan membuat IG live bila saya dah dapat duit tersebut dan akan tunjuk saya transfer derma tersebut kepada mereka.”

Orang-orang gatal, sangat dialu-alukan untuk buat pembidaan sebab wang anda tetap berharga. Selamat membida!”

Setakat ini, jumlah bidaan dah melebihi 92,300 USD (RM387,383) dan Mia masih terus mempromosikan cermin mata ini di Instagram untuk mendapatkan bidaan yang lebih tinggi.

Swipe up dan bida. Bantu kumpulkan duit untuk Beirut kerana kerajaan dekat sana tak kisah pasal dorang.”

Beirut Lebanon Explosions 1227909151

 

Baca: “Video ni akan hantui saya sampai mati” – 1.5 juta Orang Sign Petisyen Buang 11 Video Porno Mia Khalifa Lepas Dia Menyesal

Screenshot 2020 08 10 At 4.45.02 Pm