in

Tragedi Letupan Maut Di Beirut : 300 RIBU Orang Hilang Tempat Tinggal, 135 Kematian dan Lebih 5,000 Cedera

1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian letupan dahsyat di ibu kota Beirut pada Selasa lalu telah mengejutkan dunia dan mencetuskan respon dari pelbagai pihak.


Setelah lebih 24 jam, pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat termasuk meluaskan kawasan pencarian mangsa tragedi tersebut meliputi kawasan letupan, kawasan perairan berdekatan pelabuhan dan beberapa kawasan lain.

Malah dipercayai masih ramai mangsa yg belum ditemui di bawah runtuhan bangunan. Lapor BBC.

Berut

 

Menteri Kesihatan, Hamad Hassan juga mengumumkan jumlah terkini mangsa yang terkorban meningkat kepada 135 orang dengan 5,000 yang lain cedera. Demi menjada keamanan dan kestabilan daerah Beirut, beliau juga telah mengumumkan darurat selama dua minggu di bawah pengawasan tentera Lubnan.

Manakala Gabenor Lubnan, Marwan Aboud menyatakan bahawa kejadian tersebut telah memusnahkan rumah penduduk di kota itu dan dipercayai antara 250,000 hingga 300,000 telah hilang tempat tinggal. Beliau menambah, anggaran kos kerosakan akibat letupan Selasa adalah antara $3.0 bilion hingga $5.0 bilion dolar.

Beirut 2 2

 

Isu ini juga telah mendapat perhatian negara luar. Beberapa bantuan telah diterima antaranya, bantuan kemanusiaan dari pelbagai negara, Tiga pesawat Perancis membawa 55 penyelamat, peralatan perubatan dan klinik bergerak yang dilengkapi untuk merawat 500 orang.

 

Baca: “Macam bom atom Hiroshima Nagasaki!” – Letupan Dahsyat di Beirut, Dunia Terkejut Lihat Video Tragedi Live Dari Pelbagai Arah

Lebanon

Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.