in

“Akur dengan tuntutan mereka” – PM Lubnan Letak Jawatan

Lebanon2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kemarahan rakyat yang membuak-buak terhadap insiden letupan di Beirut yang dikatakan akibat kecuaian pihak kerajaan, semalam, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab telah mengumumkan peletakan jawatan, seminggu selepas insiden tersebut.


Pengumuman mengundur diri itu dibuat secara langsung di televisyen ketika keadaan semakin tegang dengan penunjuk perasaan yang marah dengan kejadian letupan itu. Lapor Berita Harian.

 

Hari ini kita akur dengan tuntutan mereka yang mahukan mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi ini.”

Diab

“Inilah sebabnya mengapa hari ini saya mengumumkan pengunduran diri dari pemerintah” katanya lagi.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan kerajaan ini. Semoga tuhan melindungi Lubnan.”

Diab yang juga bapa kepada tiga anak, memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kejuruteraan komputer University of Bath pada 1985 dan kemudiannya bertugas di America Universiti of Beirut sebagai Pembantu Profesor ketika berumur 26 tahun.

Beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan bermula dari 2011 hingga 2014. Diab dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan pada 21 Januari lalu.

 

Baca : Gabenor Beirut Menangis Saat Lihat Bandar Musnah, Lubnan Bersumpah Cari Dalang Letupan

Lubnan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.