in

Dah Tak Sabar Nak Travel? Ini 8 Negara Yang Tak Perlukan Ujian RT-PCR Untuk Melancong!

Page Travel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa negara kita akan mulakan fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.


Haa, sudah semestinya berita gembira ini membuka mata orang ramai lagi-lagi yang gemar untuk melancong ke sana sini kan? Tapi, kalau kita relate dengan keadaan semasa, keperluan untuk melakukan ujian kendiri RT-PCR amatlah penting tau!

Korang tak perlu risau! Sebenarnya ada je beberapa negara yang tidak mewajibkan pelancong untuk melakukan ujian tersebut sebelum ke negara mereka. Asalkan jaga SOP. Jom kita explore satu-satu!

1. Bahrain

Bahrain

Bahrain telah mansuhkan keperluan ujian PCR sebelum berlepas tanpa mengira status vaksinasi dan kanak-kanak di bawah umur enam tahun dikecualikan dari melakukan ujian tersebut.

Walau bagaimanapun, pengembara yang telah menerima vaksin dan tiba ke Bahrain perlu melakukan ujian PCR. Selain itu, untuk yang belum menerima vaksinasi, perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari selepas ketibaan.

2. Mesir

Mesir

Selain Bahrain, Mesir juga telah menghapuskan keperluan ujian RT-PCR bagi pelancong yang telah diberi vaksin sepenuhnya. Walaupun vaksin jenis Covaxin tidak disenaraikan, tapi yang dah divaksin dengan AstraZeneca dan Covishield kini boleh terbang ke negara ini tanpa ujian RT-PCR.

Tapi! Pastikan korang yang nak ke Mesir tu alert dengan kehendak negara tersebut sebab korang still kena isi borang pengisytiharan kesihatan bila berada di sini.

3. Lebanon

Lebanon

Untuk pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya, yang telah menerima kedua-dua dos vaksin, korang pun boleh melancong ke Lebanon tau! Paling penting, korang semua dah terima suntikan kedua sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perjalanan mereka.

Tapi untuk negara Lebanon ni, cara diorang agak lain sikit yang mana pelancong kena memuatnaik memuatsijil vaksinasi mereka di laman web Kementerian Kesihatan sebagai bukti diri telah lengkap divaksin.

4. Turki

Turki

Istabul Aku Datang! Haa, korang mesti familiar kan dengan ayat ni? Hehehe…

Pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya dari semua negara dikecualikan daripada menyediakan ujian RT-PCR apabila tiba di Turki. Pengembara hanya perlu mengisi borang kesihatan 72 jam sebelum ketibaan di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tiada keperluan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk diimunisasi.

5. Perancis

France

Paris! Berita gembira terutamanya untuk pasangan yang baru lepas kahwin dan merancang untuk honeymoon tu, Perancis boleh masuk dalam list!

Ini kerana, Perancis juga memutuskan untuk menghapuskan keperluan ujian RT-PCR untuk pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya. Sehingga 12 Februari, hanya mereka yang melancong dari negara EU ke Perancis dikecualikan daripada menjalani ujian dan kini pengembara dari semua negara turut dikecualikan dari melakukan ujian tersebut.

Bukan itu je, Perancis juga hanya akan menerima sijil vaksin yang menyatakan bahawa dos kedua telah diambil dalam tempoh 9 bulan yang lalu.

6. Norway

Norway

Yang keenam, Sekatan perjalanan semasa masuk ke Norway juga telah ditarik balik melainkan sesiapa yang melancong ke kepulauan Svalbard, pengembara yang diberi vaksin tidak akan memerlukan ujian RT-PCR untuk memasuki negara ini.

7. Croatia

Croatia

Croatia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa keperluan ujian RT-PCR mandatori bagi mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya. Kedua-dua jenis vaksin iaitu Covaxin dan Covishield telah diluluskan untuk masuk ke negara ini.

Walau bagaimanapun, pelancong yang nak melancong ke Croatia ni kena bagi bukti sijil dos penggalak itu kalau diorang dah telah divaksin selama lebih daripada 180 hari sebelum perjalanan.

8. Denmark

Denmark New

 

Bermula dari 1 Februari, pelancong yang telah pulih daripada Covid-19 dan telah menerima suntikan lengkap vaksin boleh memasuki Denmark tanpa menjalani ujian RT-PCR dari mana-mana negara.

Semua vaksin yang diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah atau World Health Organization (WHO) akan diterima oleh Denmark. Sesiapa nak ke Denmark tu, korang kena tahu yang tarikh penerimaan vaksin akan ditandakan sah selama 9 bulan sebaik saja seseorang itu telah menerima suntikan penggalak.

Haa, excited tak korang? Mana satu negara yang korang nak pergi dulu? Mana tahu sama dengan pilihan min ke… Hehehe…

Sumber: Timestravel

Baca: Thailand Umum Senarai Negara Dibenarkan Melancong Tanpa Kuarantin, Salah Satunya Malaysia

Untitled 3 6

Sumber: Arab News
Sumber: Portal
Sumber: 961
Sumber: Portal
Sumber: Forbes
Sumber: Traveldaily
Sumber: Arab News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.