in

“The power of emak emak” – [VIDEO] Viral Nenek Berdiri Depan Buaya Besar, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

Ft1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ketika tidak berbuat apa-apa, buaya sememangnya antara haiwan yang paling digeruni dan tidak berani untuk didekati oleh ramai orang. Selalunya, kita tengok buaya dalam kandang di zoo je dan bila pekerja bagi makan kita sendiri rasa seriau tengok betapa agresifnya haiwan tu.


Tapi, viral di TikTok sebuah video yang mendapat lebih 1.5 juta tontonan menunjukkan seorang nenek berdiri betul-betul di hadapan seekor buaya besar. Haiwan itu dilihat hanya terdampar dalam keadaan mulut ternganga dan orang kampung boleh didengari menjerit dan meminta agar buaya itu ‘diselamatkan’.

@noneedanybody_

♬ Oh No – Kreepa

Ramai yang tonton video itu memuji keberanian luar biasa wanita berkenaan kerana langsung tidak ‘goyang’ berhadapan dengan seekor buaya. Namun, di sebalik buaya ‘berantaikan’ tayar yang terdampar itu, ada kisah sedih di sebaliknya.

Melalui sebuah video lain, pemilik akaun TikTok bernama Mustika itu telah menjelaskan bahawa buaya itu sebenarnya dalam keadaan yang tidak baik kerana tayar tersebut sudah terlilit di lehernya selama lebih kurang 1-2 tahun.

@noneedanybody_

#buayaberkalungban

♬ original sound – tessa 🙂

Difahamkan, beberapa pihak pernah cuba tampil untuk menyelamatkannya dan mencabut tayar itu dari leher buaya terbabit namun tidak berjaya.

Mustika turut mengingatkan kejadian malang menimpa buaya berkenaan adalah kerana sikap penduduk Kota Palu itu sendiri yang tidak mempunyai sivik membuang sampah di sungai.

Haiwan lah yang paling selalu menjadi mangsa daripada aksi (buang sampah dalam sungai) tersebut.”

@noneedanybody_

Balas @rsekart #buayaberkalungban gak segampang itu yah teman-teman.

♬ original sound – ▪️ erickk14 ▪️ – Erick ⍟

Saiz buaya itu semakin membesar menjadikannya lebih terseksa kerana ‘tercekik’ dan kesakitan dek kerana tayar yang terlilit itu boleh mengancam nyawanya. Video penjelasan itu membuatkan ramai netizen sebak dan tersentuh membayangkan penyeksaan yang dirasai haiwan tersebut.

Komen Tiktok

Walaupun besar dan digeruni tapi tidak sepatutnya dia terseksa disebabkan sikap tidak bermoral manusia.

Baca: “Staged and fake” – Netizen Dapat ‘Hidu’ Video Youtuber Selamatkan Kucing Terbiar Rupanya Tipu?

Kucing11

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.