in

“Staged and fake” – Netizen Dapat ‘Hidu’ Video Youtuber Selamatkan Kucing Terbiar Rupanya Tipu?

Kucing11

Menyelamatkan haiwan liar itu sudah semestinya satu perbuatan mula dan ia patut dipuji. Tak dinafikan melihat nasib haiwan-haiwan terbiar diselamatkan itu mempu mencairkan hati warganet.

Cuma, tak sangka ada orang gunakan ‘kelemahan’ ini sebagai taktik mereka nak dapatkan perhatian warganet untuk raih view di YouTube.

Walaupun, belum pasti kesahihannya, netizen dapat hidu bahawa satu channel yang menyelamatkan haiwan ditindas ini nampak seperti menipu.

 

Selamatkan kucing yang ‘diikat’ guna pita pelekat, dicat, dibungkus dalam kotak dan dibuang dekat tempat penuh sampah

Video di bawah ini telah meraih lebihh daripada 1.4 juta views sejak ia dimuat naik kira-kira dalam seminggu lepas. Mereka menyelamatkan kucing yang ‘ditindas’ dan akhirnya dibelai dan dibela dengan elok.

Tengok ni, sudah semestinya ia telah meruntun hati penonton apabila melihat keadaan kucing tersebut.

Kurang pasti asal video ini, tetapi berdasarkan pemerhatian, lokasi-lokasi video ini seperti di Thailand. Video ini tular sehinggakan mendapat perhatian netizen di Malaysia menerusi media sosial Twitter dan dianggarkan telah meraih lebihh daripada 10K retweets.

Kucing2

 

 

Fake?

Tapi ramai yang tak percaya dengan channel ini, di fahamkan ia semua sudah di rancang demi content. Malah, lebih teruk lagi adalah haiwan-haiwan dalam video ini dikatakan diperlakukan sedemikian secara sengaja.

Ini kerana diruangan komen video itu, ada netizen perasan satu video lama yang menggunakan kucing yang sama. Namun video lama itu telah dipadamkan.

Eocvwesvcaa P0D Kucing4

Malah, netizen juga curiga dengan video yang terbaru diatas kerana…

Kucing7

Kucing5 Kucing6

Apapun, kita tak tahu samada ia memang benar melakukan perkara sedemikian dengan betul atau sengaja untuk dapatkan clouts. Kalau lah betul, memang mulia individu itu, kalau lah fake harap ada lah karma untuk dia nanti.

 

Baca : Terima Laporan Kes Penderaan Haiwan, Lepas Siasat Rupanya Kanak-kanak Yang Dikurung Dalam Sangkar Anjing

Kanak Kanak

Sumber: Twitter