“Tertekan dalam pelajaran” – Polis Temui Nota Pelajar Tingkatan 2 Maut Di Bangunan Sekolah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tertekan dalam pelajaran” – Polis Temui Nota Pelajar Tingkatan 2 Maut Di Bangunan Sekolah

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

Menurut laporan, pihak sekolah menghubungi ambulans selepas menemukan mangsa yang tidak sedarkan diri di bawah bangunan sekolah itu.

Polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengenai kejadian terbabit pada jam 5.57 petang.

Artikel berkaitan: Pelajar Maut Terjatuh Tingkat Empat Bangunan Sekolah, Polis Ambil Keterangan Saksi

Artikel berkaitan: Pelajar U Tempatan Maut Terjatuh Tingkat 34 Gara-gara Cuba Ambil Sehelai Baju Tersangkut Di Balkoni

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan di tingkat lapan bangunan berkenaan telah menemui nota yang ditinggalkan mangsa sebelum mayatnya ditemui di pekarangan bawah.

Screenshot 2024 11 19 145701Sumber: China Press

Screenshot 2024 11 19 145821Sumber: China Press

“Kita ada jumpa nota atas bangunan itu (lokasi mangsa terjatuh). Dia mengalami tekanan belajar. Bedah siasat ke atas mayat pelajar itu kini sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kejadian itu dan proses bedah siasat sedang dijalankan di HPP.

Mengulas lanjut, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Dalam pada itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta menularkan gambar atau video lokasi kejadian bagi menghormati perasaan waris mangsa.

Sumber: Kosmo!

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tertekan dalam pelajaran” – Polis Temui Nota Pelajar Tingkatan 2 Maut Di Bangunan Sekolah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tertekan-dalam-pelajaran-polis-temui-nota-pelajar-tingkatan-2-maut-di-bangunan-sekolah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM